in

“Hidup mahal, mati pun mahal” – Netizen Terkedu Tengok Iklan Harga Kepungan Kubur

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita pergi melawat tanah perkuburan, mesti korang ada nampak kan macam-macam jenis batu yang dibina di sekeliling kubur, ada yang berpagar ada juga yang sampai buat tempat duduk.


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada kongsikan harga tempahan kepungan kubur dan set batu nisan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dalam senarai harga tersebut dapat dilihat kepungan menggunakan batu marmar untuk kubur dewasa boleh mencecah sehingga ke RM2,700 dan RM1,450 bagi kubur bayi!

“Nak hidup mahal, nak mati pun mahal”

Ekoran perkongsian ini, ramai netizen yang terkejut melihat harga yang sebegitu mahal dan ada yang mencadangkan untuk menggunakan batu sungai sahaja sebagai tanda untuk diletakkan di kubur.

Screenshot 2022 05 19 At 1.12.32 Pm Down

Selain itu, beberapa netizen juga turut menasihati orang ramai untuk tidak lebih-lebih menghias kubur ahli keluarga kerana ia merupakan perbuatan yang haram menurut Islam.

Screenshot 2022 05 19 At 1.13.37 Pm Down

Manakala di laman web ada menjelaskan hukum membuat binaan atas kubur. Di mana, perbuatan ini dikatakan bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW serta turut mempunyai unsur pembaziran.

Walau bagaimanapun pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.

“Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah.”

 

Baca: [VIDEO] Anak Perempuan ‘Nampak’ Arwah Papa Tepi Kubur, Netizen Cakap ‘Untung’ Dapat Jumpa

Page Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.