in

“Sorry for everything cap” – Netizen Minta Maaf Pada Caprice, Lepas Tular Isu Berkaitan Pendakwah Terkenal

Fi Caprice Netizenn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa bulan lalu, isu berkaitan selebriti terkenal Caprice, bersama seorang pendakwah terkenal serta beberapa individu lain tentang misi kemanusiaan di sebuah negara bergolak nyata mendapat perhatian rakyat Malaysia.


Perkara tersebut nyata telah menimbulkan terlampau banyak spekulasi kerana pendedahan isu dalaman yang membuatkan ramai terkejut sehingga ada yang menghentam dan mengugut selebriti berkenaan.

 

Rasa tak selamat dengan ugutan orang ramai

Akibat terlampau takut dengan ugutan orang ramai yang terlampau terikutkan emosi itu, Caprice pernah mendedahkan bahawa dirinya berasa kurang selamat.

Bukan itu saja, malah ada beberapa rakan artis lain yang seakan tidak bersetuju dan mempersenda tindakan Caprice yang dikatakan melakukan ‘jihad’ membantu negara berkenaan.

Caprice Netizen 1

 

Netizen mula minta maaf

Sejak tular beberapa isu baru-baru ini, warganet mula berasa kasihan dan bersimpati dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ini.

Menerusi posting terbaru di Instagram Storynya, Caprice seakan terharu apabila ramai netizen yang mula meminta maaf padanya. Ini termasuklah daripada mereka yang pernah mencerca, mencaci, bersangka buruk dan pelbagai lagi yang pernah dilakukan masyarakat padanya.

Caprice Netizen 3 Caprice Netizen 4 Caprice Netizen 5 Caprice Netizen 6 Caprice Netizen 7 Caprice Netizen 8

 

Caprice harap ‘orang sana’ minta maaf

Dalam pada itu juga, rapper berusia 33 tahun tersebut turut mengharap bahawa individu yang dikaitkan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang telah dianiaya.

Selain itu juga, Caprice menyatakan bahawa setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Caprice Netizen 9

Kita harapkan supaya segala yang benar itu akan tersurat. Semoga segala hal berkaitan isu ini dapat dipermudah dan diselesaikan dengan baik.

 

Baca : “Jangan main-main dekat tanah suci, benda tu makan tuan dia balik” – Caprice

Ft Caprice Kongsi Group Telegram

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.