in

“Kalau mama beli topup, kami x boleh beli beras dan lauk” – Luahan Murid Semangat Nak PdPR Buat Ramai Tersentuh

Fi Pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan pandemik yang melanda dunia ini, banyak perkara yang menjadi kebiasaan kita sebelum ini perlu disekat. Di negara ini, ramai yang kehilangan punca pendapatan, dan banyak keluarga terpaksa berjimat-cermat dalam urusan perbelanjaan.


Selain itu juga anak-anak yang masih belajar perlu melalui sesi pembelajaran secara atas talian (PDPR), namun banyak juga halangan yang perlu mereka lalui.

 

“Hari ni last internate saya cikgu”

Baru-baru ini kisah seorang pelajar sekolah SMK Tengku Idris Shah Kapar Klang, Selangor, yang mengadu mempunyai masalah untuk mengikuti PdPR kepada cikgunya menarik perhatian ramai.

Kisah ini dikongsikan melalui Twitter @nswtll, di mana dia menunjukkan pesanan WhatsApp yang dihantar oleh anak murid ibunya dan menceritakan masalahnya untuk mengikuti sesi PdPR yang dijalankan.

Mulanya, murid tersebut maklumkan yang kuota internetnya akan habis pada hari tersebut dan dia beritahu bahawa keluarganya tak mampu nak bayar untuk tambah kuota. Gaji ayahnya yang tidak banyak, perlu digunakan untuk bayar sewa rumah dan perniagaan kecil-kecilan ibunya juga tak dapat pulangan yang memberangsangkan.

Tambah murid itu lagi, dia meminta segala tugasan yang ingin diberikan cikgunya hanya melalui WhatsApp sebab dia gunakan capaian internet yang disediakan oleh kerajaan.

Apa yang paling mengejutkan, remaja berusia 15 tersebut mendedahkan bahawa mereka tak boleh nak beli beras sekiranya kuota internet disambung oleh ibunya.

Pdpr 1

 

Selain itu, dia memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tengah menunggu bantuan daripada pihak zakat.

Murid berkenaan yang kelihatan seakan bersalah dengan permintaannya itu, memohon maaf kepada gurunya kerana membuat permintaan sedemikian.

Pdpr 2

 

“Allahu effort dia nak belajar tu”

Di ruangan komen posting tersebut, ramai netizen tersentuh dengan kesungguhan remaja berkenaan yang tetap bersemangat untuk mengikuti pembelajaran walaupun berdepan halangan. Di samping itu ramai juga berniat untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Reak Pdpr 1 Edit Reak Pdpr 2 Edit Reak Pdpr 3 Edit

Semoga adik tu terus bersemangat dalam menuntut ilmu untuk masa depan!

 

Baca : “Satu satunya kawasan ada akses internet” – 400 Pelajar Terpaksa Daki Bukit Setinggi 5km, Cari Internet Untuk PdPR

Foot Pdpr

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.