in

“Warna-warni depan rumah”- Halaman Rumah Wanita Ini Dipenuhi Ratusan ‘Gnome’ Lepas 30 Tahun Kumpul

Feature 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada hobi yang berbeza-beza mengikut minat masing-masing. Ada yang suka kumpul setem, ada yang suka collect botol Coca Cola dan ada juga yang suka simpan tiket wayang.


Buat wanita di Scotland ini pula, dia gemar mengumpul patung gnome di halaman rumahnya. Untuk pengetahuan semua, patung gnome ini merupakan sejenis perhiasan taman yang berbentuk lelaki berjanggut yang memakai topi runcing.

Hobi 1

Menurut The Sun, Anne Yeomans dikatakan telah mengumpul patung tersebut lebih 30 tahun lalu sehingga halaman rumahnya kini dipenuhi ratusan patung tersebut. Memang warna-warni betul area depan rumah dia ni. 

Pada mulanya, dia mula mengumpul perhiasan taman seumpama itu dengan patung arnab dan lama-lama, koleksinya mula bertambah. Dia juga menyifatkan kesemua koleksinya itu sebagai kebanggaannya.

Saya rasa ramai yang lalu di kawasan ini termasuklah penghantar barang tertarik dengan patung-patung ini,” katanya.

Halaman rumahnya juga telah menjadi tarikan penduduk setempat sebab ramai yang datang untuk ambil gambar di situ.

Hobi 2

Penduduk kawasan itu juga mula meninggalkan duit syiling di luar rumahnya itu sebagai tanda penghargaan terhadap hiasan itu. Wang tersebut pula telah didermakan oleh wanita itu untuk kebajikan kanak-kanak yang sakit.

Menurutnya lagi, ramai mereka yang lalu lalang di situ mahu menderma untuk kebajikan.

Hebat betul wanita ni kan sebab dalam masa yang sama, hobi dia membolehkan orang ramai menyumbang kepada masyarakat. 

Sumber: The Sun

Baca: “Tu pun nak simpan?”- Ini 5 Individu Yang Simpan Koleksi Peribadi Paling Pelik Di Dunia

Hobi

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.