in

[VIDEO] Baru Umur 7 Tahun, Tapi Nasihat Cinta Dari Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Orang Kagum!

Cats 83

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang yang pernah bercinta mesti ada pengalaman pahit manis korang kan? Percintaan tak semestinya yang indah-indah sahaja, yang ‘buruk-buruk’ pun ada juga. Sebab tu la ada yang putus di tengah jalan sebab curang, tawar hati dan macam-macam lagi la.


Bila ada masalah cinta, mesti kita perlukan nasihat dari seseorang untuk muhasabah diri kita baik. Tapi, siapa sangka nasihat cinta yang korang akan dapat ini datang dari seorang kanak-kanak? Biar betul?

 

Nasihat pedas tapi bermakna

Menerusi satu perkongsian video di Instagram yang dimuat naik oleh pemilik akaun _adkpija14 pada 23 Mei lalu sehingga mendapat lebih 80 ribu tontonan, kanak-kanak perempuan ini berkongsi nasihat cinta kepada abangnya yang dipanggil Abang Alif. Jarang weh nak tengok adik kecil yang bagi nasihat dekat abang.

Kalau korang tengok video tersebut, korang boleh dengar yang kanak-kanak yang bernama Nur Hafizah Zahrah tengah bagi nasihat tentang ex girlfriend abang dia yang mungkin datang balik dekat abang dia selepas kena curang dengan kekasih.

“Kalau boyfriend dia tipu dia, jangan pergi dekat Abang Alif balik. Pergi dekat orang lain.”

2E2E

Wah gituuu very the confident siap speaking tau dia . Memang mantap la budak ni walaupun baru umur 7 tahun. 

Sambil dia bagi nasihat tentang bekas kekasih abangnya itu, mak kanak-kanak ini pun berhujah sekali dengan dia konon nak backup bekas kekasih abangnya. Tapi ada satu nasihat yang diberi oleh kanak-kanak ini yang berbunyi agak pedas tapi betul juga apa yang dia cakap.

“Apa mak rasa kalau ayah buat dekat mak macam tu?”

Hfh

Nasihat dia cukup matang buat ramai yang terpegun mendengar. Matured budak ni.

 

Ramai orang kagum

Melihat di ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan keyakinan dia beri nasihat kepada abang dia siap speaking kemain lagi. Ramai yang terkejut kanak-kanak ini boleh bagi nasihat yang matang tentang cinta walaupun baru berusia 7 tahun.

Photo6152052232590306480

Photo6152052232590306479

Siapa nak jadi boyfriend budak ni nanti habislah….

 

Sumber: _adkpija14

Baca:”Wahh dia pulak producernya”- [VIDEO] Comel! Imbau Kenangan Raya, Telatah Adik Pula Yang Jadi Perhatian

Capture 66

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.