in

“Wahh dia pulak producernya” – [VIDEO] Comel! Imbau Kenangan Raya, Telatah Adik Pula Yang Jadi Perhatian

Fi Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun baru seminggu berpuasa, tapi mesti kehangatan Aidilfitri tu dah mula terasakan.


Meskipun kemeriahan tak sama seperti di kampung, namun kenangan tu mesti tak boleh nak dilupakan.

Seperti kisah ini, apabila kemeriahan keluarga ini ditambah dengan telatah anak bongsu yang menceriakan suasana.

 

Adik bongsu jadi pengarah 

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik akaun @DahliaRizal di Twitternya.

Dalam video itu, menunjukkan keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu rumahnya.

Tapi yang menjadi perhatian adalah perangai si adik pada hari itu.

Dapat dilihat bahawa adiknya menyuruh ahli keluarganya yang lain untuk duduk di suatu bahagian bagi tujuan mengambil video. Wahh dah macam pengarah betul.

Disebabkan dia paling kecil kan, ahli keluarga yang lain pun ikut saja lah permintaannya itu.

Selain itu, si cilik bernama Hafizah itu sangat petah bercakap dalam Bahasa Inggeris dan buatkan dia lagi nampak comel.

Posting itu sehingga kini meraih lebih dari 700k views.

Dapat dilihat yang si kecil itu betul semangat dengan keinginan dia itu. Paling lucu bila dia tegur ahli lain keluarga lain tak sebut selamat hari raya untuk video itu.

Seronok betul dia ahli keluarga lain melayan je apa dia nak.

 

“Bayangkan kalau ada 5 orang Hafizah”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi si bongsu itu kerana di anggap comel dan ada juga yang bergurau dengan bayangkan kalau ada 5 orang adik macam ni.

Reak Adik 2 Edit

Reak Adik 3 Edit

Reak Adik 4 Edit

Seronok betul ada keluarga macam ni, siapa yang ada adik-beradik yang macam ni?

Sumber : Twitter

 

Baca : COMEL! Adik Ini Curi-Curi Bersihkan Surau Kerana Rindu. Tak Dapat Ke Surau Sejak Pelaksaan PKP

Foot Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.