in

“Bukannya tak boleh keluar beli barang” – Risau PKP Lebih Ketat, Ramai Yang Mula ‘Panic Buying’

Bukannya Tak Boleh Keluar Beli Barang Risau Pkp Lebih Ketat Ramai Yang Mula Panic Buying

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui penularan wabak COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan dengan kes harian yang kekal empat angka dan bilangan kematian pula semakin hari semakin parah.


Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 dengan membuat penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Perincian mengenai sekatan tambahan ini difahamkan akan diumum dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada Sabtu, 22 Mei 2021.

1157094 E1621648346611

Dalam pada itu, lapor The Star, ada segelintir individu yang mula beratur panjang di beberapa pasar raya bagi membeli barangan keperluan. Beberapa keping gambar memaparkan orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk membeli barangan telah tular di media sosial. Ada yang mengatakan kejadian itu berlaku di Ipoh, Perak.

Pun begitu, ada juga yang kelihatan lebih santai dan tidak melakukan panic buying.

1156300 E1621649411191

“Tak faham kenapa ramai yang masih panic buying sedangkan kita dah lalui beberapa PKP sejak tahun lepas. Kita masih boleh keluar rumah beli barang jadi tak perlulah panic buying,” komen netizen.

1070451

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman, beliau berkata keperluan harian untuk orang ramai adalah mencukupi sepanjang PKP lebih ketat yang bakal dijalankan.

“Pasar raya akan beroperasi mengikut jam yang ditetapkan kerajaan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembelian panik tetapi merancang terlebih dahulu dan hanya membeli barangan yang betul-betul diperlukan sahaja,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atas situasi ini dengan menaikkan harga barang secara sengaja.

Sumber: The Star

Baca: “Banyaknyer jub*r kat rumah!” – LCW ‘Sound Tepek’ Panic Buyer Yang Borong Barang Sampai Tak Ingat Dunia

Lcw4 E1621649305740

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.