Ramai rakyat Malaysia tengah marah dengan golongan yang buat panic buying, antaranya adalah Datuk Lee Chong Wei sendiri, ketika hari kejadian, beliau dapat alami sendiri pengalaman tersebut di depan mata bila melihat ketamakan pengguna yang pentingkan diri sendiri.
Beliau adalah antara orang yang terkesan dengan sikap gelojoh pembeli kerana tidak berpeluang untuk restock barang keperluan di rumahnya.
Makan dalam Datuk LCW sound orang ni.
Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah” – Datuk LCW
Datuk LCW ada muat naik satu posting dekat Instagram menceritakan pengalamannya baru-baru ini masa nak beli barang dapur dan keperluan rumah di sebuah pasaraya.
Tidak dinafikan dia pun ingin membeli barang untuk membuat persiapan tetapi bukanlah sampai ketahap tamak haloba, dia hanya beli yang betul-betul untuk cukup 2 minggu.
“Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.”
Ada yang sampai beli toilet paper macam negara ni dah nak darurat
“Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect).”
Korang boleh baca posting penuh disini.
https://www.instagram.com/p/B93_OJEpTNc/?utm_source=ig_web_copy_link
Ramai netien terpaku dengan statement win Datuk LCW ni, mereka semua terhibur dan sokong dengan apa yang dikatakan olehnya.
Ayat paling win – Netizen
Tak salah nak borong banyak-banyak sekalipun, tapi biarlah berpada-pada cukup sekadar untuk stok 2 minggu, bukan 2 tahun. Orang lain juga perlukan barang keperluan sama macam korang-korang semua.
Hanya perlu duduk rumah. Keluar bila perlu, rajin basuh tangan dan jaga jarak.