in

“Ini titik permulaan penamatan jangkitan COVID-19 di negara ini. Saya tidak rasa apa-apa” – Dr Noor Hisham

Vaksin6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Turut bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 hari ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.


Dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini, diharap ia bakal menyaksikan pengakhiran episod jangkitan wabak itu.

“Ini titik permulaan penamatan jangkitan COVID-19 di negara ini. Saya tidak rasa apa-apa (kesan sampingan) selepas menerima suntikan vaksin ini,” katanya menerusi Berita Harian.

Selain itu, 4 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Dr Tan Yee Ling; Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin; Jururawat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya, Sheilla Mellissa Sikin serta pemandu di PKD Putrajaya, Clement Marai Francis turut menerima suntikan.

Mereka akan menerima dos kedua pada 17 Mac. Dr Noor Hisham berkata, pemantauan terhadap semua individu yang menerima suntikan vaksin dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

“Sekarang kita pantau guna MySejahtera. Kalau ada komplikasi, ia akan terus dilaporkan (kepada KKM),” katanya.

Beliau berkata, semua individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu mendapatkan rehat secukupnya selain mengurangkan aktiviti.

 

Baca : “Symptoms macam ni NORMAL” – Doktor Malaysia Yang Bertugas Di India Jelaskan Beberapa Simptom Lepas Terima Suntikan

Vaksin 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.