in

“Symptoms macam ni NORMAL” – Doktor Malaysia Yang Bertugas Di India Jelaskan Beberapa Simptom Lepas Terima Suntikan

Vaksin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, vaksin Covid-19 dah sampai ke Malaysia dan hari ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama di negara kita yang menerima suntikan vaksin Covid-19,Pfizer-BioNTech.


Rakyat Malaysia pula akan menerima vaksin ini tak lama lagi. Dalam pada itu, rakyat dari negara lain seperti di India sudah menerimanya.

Seorang warganegara Malaysia yang sudah menerima vaksin di negara tersebut, Dr Wani  menerusi Twitter miliknya @syazwanismd pada Sabtu lepas menjelaskan bahawa akan ada beberapa gejala yang kita mungkin alami selepas menerima vaksin ini. Katanya itu semua normal, baca perkongsian doktor ni.

 

Jenis-jenis vaksin Covid-19

Sebelum itu, doktor pelatih ini memberikan penjelasan bahawa terdapat beberapa jenis vaksin Covid-19 untuk fahaman kita semua.

“Ada beberapa jenis vaksin di dunia ini. Anda pasti dah dengan Pfizer yang telah dibawa ke Malaysia beberapa hari lepas. Jenis lain adalah Covaxin, Covishield (AstraZeneca), Moderna, etc. Boleh rujuk di infografik di bawah ini.”

Tambahnya lagi, setiap jenis-jenis vaksin ini dibuat oleh syarikat dan institut kajian yang berbeza-beza. Jika di Malaysia jenis Pfizer-BioNTech, di India pula Covishield (Viral vector).

“Setiap Vaccine ini dihasilkan oleh company dan research institute yang berbeza. Kat India, kami dapat Vaccine jenis Covishield (Viral vector) yang dihasilkan oleh AstraZeneca. Manakala di Malaysia, pfizer (mRNA) dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech.”

Apa beza Pfizer dan Covishield? Menurut Dr Wani, Pfizer menggunakan messenger RNA manakala Covishield pula guna viral vector. Cara penyimpanan vaksin pun berbeza. Antara sebab India pilih Covishield sebab India boleh handle dengan cara nak simpan vaksin ini.

 

Pengalaman terima Vaksin Covid-19

Menurutnya, program vaksinasi di India secara percuma kepada frontliner telah dilancarkan pada 1 Februari lepas. Doktor pelatih dalam pergigian ini sudah semestinya akan menerima manfaat ini kerana kerap bersemuka dengan orang ramai.

Katanya, masa suntikan di buat ia tiada apa-apa kelainan pun, sama seperti suntikan biasa di sekolah.

“Saya masuk bilik vaccination and nurse buat injection dose vaccine dekat bahagian lengan kiri. Perasaan kena inject vaccine ni sama je dengan rasa kena inject masa sekolah dulu. Serious takde beza pun.”

Malah, katanya lagi tak ada rasa sakit langsung. Oleh itu, disini Dr. Wani menjelaskan beberapa kesan sampingan itu,

 

Kesan sampingan sementara selepas suntik Vaksin Covid-19

Antaranya, pening kepala. keletihan, rasa tak sedap badan, sakit otot dan demam. Ini semua adalah short-lived flu-like symptom, katanya.

“Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated.”

Katanya, kesemua simptom itu adalah normal kerana badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita.

“Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu. Awal-awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je.

Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.”

Bagaimanapun, dalam masa lebih kurang sehari, demamnya mula beransur pulih. Pun begitu, mereka yang sudah menerima vaksin ini nanti dinasihatkan agar dapatkan rehat yang secukupnya.

“Minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam). Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru.”

Malah katanya keesokan hari, badannya kembali cergas.

 

Baca : “Macam kena gigit semut” – Dr Amalina Kongsi Simptom Yang Dia Alami Lepas Terima Vaksin Pfizer

Amalina

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.