in

Boleh Solat Berjemaah, Bacaan Yassin Serta Tahlil Di Masjid Seluruh Melaka Mulai Esok

Cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain Perak, Melaka juga akan memberikan kelonggaran untuk menjalani ibadah solat berjemaah (Jumaat mahupun fardhu) di masjid mulai esok.


Bagaimanapun, Kerajaan negeri Melaka menetapkan  sehingga 500 jemaah bermula esok, lapor Astro Awani.

Kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, aktiviti kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan

Ia sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di negeri ini. Namun begitu jumlah jemaah akan dinilai berdasarkan kapasiti bangunan.

“Jumlah jemaah untuk aktiviti yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti bangunan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter dan solat di luar bangunan masjid dan surau adalah dilarang.

“Bagi masjid kerajaan, maksimum jemaah dibenarkan seramai 500 jemaah, masjid kariah dan institusi maksimum 250 orang dan surau adalah sehingga seramai 75 orang.” 

Meskipun ada kelonggaran melakukan Yassin dan Tahlil, sebarang aktiviti kecuali kuliah Maghrib ditangguhkan, malah kehadiran penceramah dari luar Melaka tidak dibenarkan.

“Kita ambil keputusan aktiviti kuliah dan program selain kuliah Maghrib hendaklah ditangguhkan.

“Jawatankuasa masjid dan surau mesti memastikan jemaah mematuhi prosesur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pendaftaran jemaah, pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” tambahnya.

Selain itu, upacara akad nikah masih dibenarkan dengan syarat mengikut SOP ditetapkan, tetapi lokasi majlis hanyalah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi kariah yang berada dalam zon jingga dan merah.

Akad nikah di masjid kariah pula, kebenaran diberikan kepada mereka yang berada dalam zon kuning dan hijau atau mana-mana lokasi yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

 

Baca : “Had maksimum jemaah 40 orang”- Sultan Nazrin Perkenan Solat Di Masjid & Surau Seluruh Perak Mulai Esok

Sultan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.