in

“Had maksimum jemaah 40 orang”- Sultan Nazrin Perkenan Solat Di Masjid & Surau Seluruh Perak Mulai Esok

Sultan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan solat fardu dan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau termasuk surau di negeri Perak.


Ia bertujuan untuk memberi peluang lebih ramai orang menunaikannya secara berjemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ia diperkenankan setelah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mencadangkannya berlandaskan nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.

 

Terhad untuk 40 orang jemaah

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata  had maksimum adalah 40 jemaah. Namun ia tidak termasuk ahli jawatankuasa serta pegawai masjid atau surau, lapor Berita Harian

Bagaimanapun jemaah masjid itu khusus untuk warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 tahun hingga 70 tahun sahaja,

“Sultan Nazrin memahami hasrat umat Islam mahu mengimarahkan rumah Allah dan beribadah secara berjemaah, walaupun baginda juga bimbang ancaman keselamatan ummah akibat penularan wabak COVID-19.

“Aktiviti agama berunsur ilmu dibenarkan di masjid dan surau dalam ruang waktu antara selesai solat Maghrib sementara menantikan masuk waktu solat Isyak dan ia perlu dihentikan sebaik masuk waktu solat Isyak.

Sebarang acara jamuan dalam atau di perkarangan masjid dan surau tidak dibenarkan. Baginda juga bertitah agar syarat jarak fizikal antara jemaah diperketatkan lagi dengan cara memperkenalkan keperluan baharu terutama mekanisme aliran jemaah masuk dan keluar masjid serta surau.

“Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan lengkap kepada semua ahli jawatankuasa dan pegawai masjid serta surau, selain bertanggungjawab memantau pematuhan garis panduan.

“Ketetapan ini terpakai dan berkuat kuasa bermula esok hingga dikeluarkan apa-apa ketetapan baharu,” katanya.

Malah, Sultan Perak juga menasihatkan supaya semua masjid dan surau menganjurkan solat sunat hajat setiap hari untuk memohon ihsan dan rahmat Allah supaya bencana kesihatan yang melanda dunia ketika ini dapat dibendung dan kembali normal.

 

Baca : Pasangan Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri Mulai Esok – MKN

Ismailsabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.