in

13 Insiden ‘Besar’ Yang Berlaku Di Malaysia Sepanjang Tahun 2020 Yang Jadi Buah Mulut Orang Ramai

Recap 2020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih lagi terbayang di ingatan, saat kita begitu excited sekali apabila bakal memasuki tahun 2020 yang sering dikaitkan dengan Wawasan 2020 cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Wawasan 2020 Ppmg

Walau bagaimanapun, satu demi satu kejadian tak diduga berlaku hingga tahun 2020 ini boleh dikatakan antara tahun terburuk dan penuh dengan cabaran yang dihadapi bukan sahaja rakyat di negara kita namun semua penduduk bumi ini.

Berikut admin senaraikan 13 insiden besar yang berlaku di Malaysia hingga menjadi perbualan orang ramai:

 

1. Malaysia catat kes pertama COVID 19 

Tak dapat disangkal lagi, antara cabaran terbesar yang dialami negara ini ialah pastinya pandemik COVID 19 yang bukan saja hampir melumpuhkan sistem kesihatan negara ini namun memberi ancaman besar kepada ekonomi negara yang kian meleset.

61583316107 Datukdrnoorhisham

Selepas beberapa minggu wabak ini dikesan di Wuhan, China, pada 25 Januari 2020, Malaysia akhirnya mencatatkan kes pertama COVID 19 melibatkan tiga warganegara China yang telah memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura.

Tidak lama selepas itu, pada 4 Februari pula kes pertama COVID 19 melibatkan warganegara Malaysia dicatatkan selepas individu itu dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura. Sehingga kini, kita masih belum menang dan kes harian COVID 19 di Malaysia sudah meningkat ke empat angka setiap hari.

Covid 19

 

2. Sajat masuk Mekah?

Pada 3 Februari 2020, viral di media sosial apabila tersebar beberapa rakaman dan gambar yang menunjukkan usahawan kosmetik tersebut mengenakan pakaian jemaah wanita ketika berada di Mekah.

Dia kemudian dibawa keluar oleh agensi umrah yang membawa beliau ke sana selepas isu tersebut mendapat kecaman teruk netizen di Malaysia.

Sajat 1

 

3. Langkah Sheraton – Kerajaan Pakatan Harapan tumbang

Tiada siapa sangka, pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan tidak bertahan lama selepas tumbang akibat pergolakan politik yang dicetuskan oleh ‘Langkah Sheraton’.

644323
Makan malam muafakat ahli parlimen di hotel sheraton yang mencetuskan ‘langkah sheraton’

Gabungan parti politik daripada Perikatan Nasional kemudian mengakui mereka mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan dan memilih Perdana Menteri yang baru. Krisis politik ini kemudian membawa kepada perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020 yang mana sekaligus membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Pada 1 Mac, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan menamatkan pergolakan politik di negara ini.

61583033537 Freesize

 

4. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa kerajaan 

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan kerajaan pada 18 Mac selepas kes COVID 19 di Malaysia makin meningkat.

PKP ini meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh Malaysia termasuklah aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan juga ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

9514A810 C339 4F43 9A63 B6D24C7Dceef

 

5. Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara 72 tahun 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC melibatkan RM42 juta.

Mahkamah membenarkan Najib menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan daripada pihaknya di Mahkamah Rayuan dengan syarat beliau perlu membayar jaminan tambahan sebanyak RM1 juta.

 

6. Viral video Asri Janggut 

Pada 8 Ogos, satu video tular berkenaan penguatkuasaan berat sebelah oleh pihak berkuasa terhadap penjaja di Sungai Buloh yang ditularkan oleh seorang individu bernama Asri Janggut.

Video terbabit kemudian mendapat perhatian pihak polis dan orang ramai selepas ia melibatkan beberapa isu jenayah seperti rokok seludup dan premis judi haram yang berleluasa di kawasan tersebut.

Asri Janggut

 

7. Gangguan bekalan air di Selangor yang tiada berkesudahan 

Gangguan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih satu juta pengguna makin kerap berlaku dalam tempoh beberapa kali setiap bulan. Menerusi siasatan pihak berkuasa, gangguan air ini disebabkan pencemaran yang dilakukan oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab.

Masalah air di Selangor telah menjadi perbualan ramai sehinggakan mendapat perhatian seorang saintis di US yang berkongsi penemuan air di bulan.

 

8. Pilihan Raya Negeri Sabah bawa bencana 

Meskipun wabak COVID 19 di Sabah mula menampakkan peningkatan, pilihan raya negeri tersebut diteruskan pada 26 September lalu hingga menyebabkan gelombang ketiga wabak COVID 19 di Malaysia.

Gabungan Rakyat Sabah telah memenangi PRN tersebut dan membentuk kerajaan baru Sabah dengan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal.

846272

 

9. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku ada sokongan majoriti parlimen

Pada 13 Oktober, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu sidang media khas memberitahu bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk satu kerajaan baru.

Anwar telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah ahli parlimen yang didakwa menyokongnya, namun selepas itu tiada sebarang perubahan yang berlaku dalam kerajaan Malaysia.

 

10. Darurat 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang selepas muncul ura-ura mengatakan kabinet setuju dengan perlaksanaan darurat bagi menangani penularan COVID 19.

Mesyuarat khas kabinet di Putrajaya kemudian telah mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan darurat ekonomi. Langkah itu katanya memberi banyak masa kepada kerajaan menguruskan COVID 19 tanpa terganggu oleh krisis politik. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan ini.

 

11. Kes bunuh Siti Nur Surya 

Remaja perempuan berusia 19 tahun, Siti Nur Surya telah ditemui dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman di tubuhnya. Mangsa dipercayai dibunuh oleh rakannya sendiri yang bermotifkan dendam.

Ketika kejadian, ibu mangsa yang sedang lumpuh berada di rumah dan terpaksa melihat anaknya sendiri mati dibunuh di depan mata tanpa boleh berbuat apa-apa.

79986686 1406985702812494 5936441579634950144 O

 

12. Pengeluaran RM10,000 dari KSWP 

Berikutan desakan hidup dan kekurangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID 19, rakyat telah meminta kerajaan untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan kemudian menyambut baik cadangan tersebut dan mengumumkan dua kategori yang layak untuk mengeluarkan simpanan Akaun 1 melalui skim i-Sinar. Pun begitu, pengumuman ini masih tidak menggembirakan hati rakyat kerana ada yang merasakan syarat yang ditetapkan KWSP terlalu ketat dan membuatkan ramai yang susah mendapatkan kelayakan.

I Sinar Infographic For Media Page 001

 

13. Kartel daging 

Isu hangat yang menjadi penutup kepada tahun 2020 ialah isu penyeludupan daging import dari sumber tidak sah dan diragui status halal, yang mana ia didalangi oleh beberapa kakitangan kerajaan yang telah dirasuah kartel daging.

Kartel daging ini katanya telah beroperasi selama 40 tahun dan telah membungkus semula daging yang diragui serta menampal tanda halal palsu untuk mendapatkan kepercayaan pengguna.

Kastam Daging Beku Bernama 2312201

Sekian saja 13 insiden dan peristiwa dasyat yang telah berlaku sepanjang tahun 2020 buat tatapan korang semua. Bagi admin, tahun 2020 ini adalah tahun kita mencipta sejarah yang mana akan menjadi tatapan dan iktibar buat generasi akan datang nanti.

Semoga tahun 2021 membawa sinar baru bagi hidup kita semua. Jumpa tahun depan! 

Baca: Belanjawan 2021: Ini Apa Yang Dibentangkan Menteri Kewangan

Belanjawan

Sumber: UKEC
Sumber: Astro AWANI
Sumber: NST
Sumber: Instagram
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.