in

Belanjawan 2021: Ini Apa Yang Dibentangkan Menteri Kewangan

Summary Belanjawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Menteri Kewangan YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen.


Seperti yang semua tahu, ia merupakan Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan Mac lepas. Menurut Tengku Zafrul, Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ ini mempunyai 3 matlamat iaitu:

  • Kesejahteraan rakyat
  • Kelangsungan perniagaan
  • Ketahanan ekonomi

Zafrul2

 

Berikut adalah rangkuman pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi:

  • Peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion untuk membendung gelombang ketiga Covid-19
  • Seramai 100,000 anggota barisan hadapan KKM akan menerima one-off RM500
  • Kenaikan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan & anak juga kepada RM8,000 dari RM6,000
  • Skop pelepasan cukai diluaskan kepada RM1,000 bagi rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak
  • Peruntukan RM24 juta untuk:
    • mengukuhkan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans
  • Perlindungan mySalam diperluas ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis
  • Tempoh pengecualian duti stem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi
  • Kerajaan memperkenalkan Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri
  • Peruntukan RM25 juta untuk :
    • rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang
  • Kenaikan kadar Elaun Pekerja OKU kepada RM450 dari RM400
  • Kenaikan kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar kepada RM500 dari RM350
  • Kenaikan kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja kepada RM300 dari RM250
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan.
    • RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun;
    • RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah
    • maksimum RM1,000 sekeluarga
  • Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1% bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000
  • Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% mulai Januari 2021, selama 12 bulan
  • Pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 (RM500/bulan selama 12 bulan) bagi ahli yang kehilangan kerja

Kwsp

  • Kenaikan elaun sara hidup nelayan akan kepada RM300 sebulan daripada RM250
  • Peruntukan RM400 juta untuk:
    • bantu peneroka FELDA hapuskan faedah hutang kebun peneroka
    • program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baru
  • RM2 bilion untuk inisiatif PenjanaKerjaya (dijangka dapat menyediakan 200,000 peluang pekerjaan)
    • PenjanaKerjaya: Kenaikan insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas kepada 40% daripada gaji bulanan (terhad kepada insentif maksimum RM4,000/bulan)
    • PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 20% daripada gaji bulanan pekerja akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja OKU, penganggur jangka panjang, dan pekerja yang diberhentikan
    • PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 40% daripada gaji pekerja disalur kepada majikan, dan 20% disalur terus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing seperti dalam bidang pembinaan dan perladangan
    • PenjanaKerjaya: Kadar maksimum program latihan ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi program latihan kemahiran tinggi atau sijil profesional
  • Peruntukan RM1 bilion untuk:
    • program peningkatan kemahiran
    • latihan semula bagi 200,000 pelatih
  • Pencarum KWSP boleh keluarkan simpanan Akaun 2 untuk membeli produk insurans/takaful hayat serta penyakit kritikal yang diluluskan oleh KWSP
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025
  • RM6.5 bilion untuk pendidikan
  • RM4.6 bilion untuk keusahawanan bumiputera
  • RM6.5 bilion untuk akses pendidikan yang berkualiti kepada institusi Bumiputera
  • RM510 juta disalurkan untuk pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN, PUNB dan Agrobank
    • RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh BPMB dan SME Bank
    • RM2 bilion bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan
  • RM1.4 bilion diperuntukkan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memperkukuh pembangunan Islam
  • Perkhidmatan wakaf diperkenalkan oleh PNB kepada semua pemegang unit amanah ASNB.
    • Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit ke dalam tabung wakaf ASNB dan layak mendapat potongan cukai pendapatan

Pnb

  • Kadar elaun Guru Takmir dinaikkan kepada RM900 sebulan
  • Bayaran ‘one-off’ kepada Imam, bilal, siak, noja, merbut, Guru takmir dan guru KAFA sebanyak RM500
  • Peruntukan RM10 juta untuk:
    • program saringan kanser serviks
    • Insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara
  • Peruntukan RM50 juta untuk:
    • projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, merangkumi pelaksanaan program perpaduan
  • Insentif kepada majikan swasta:
    • RM1,000/bulan sehingga 3 bulan bagi setiap graduan baru yang sertai program perantisan
    • Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan perantis
  • RM75 juta untuk Program eBelia:
    • Kredit RM50 one-off ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur 18-20 tahun untuk membudayakan ekonomi tanpa tunai
  • Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup juga diluaskan untuk langganan surat khabar eletronik
  • Kenaikan had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup kepada RM3,000 dengan tambahan RM500 khusus bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan
  • Skim BSN MyRinggit-i COMSIS:
    • RM100 juta diperuntukkan
    • Skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang mendapat pinjaman PTPTN
  • Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022
  • Mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025, pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas:
    • surat cara pindah milik
    • perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000
  • Peruntukan RM300 juta untuk:
    • meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30
    • meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang
  • Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5:
    • bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU
    • membabitkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom

Tren

  • RM30 juta diperuntukkan untuk:
    • memperluas Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar & luar bandar
    • program ini menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 setiap individu atau RM50,000 setiap komuniti
  • RM230 juta pembiayaan kepada PKS melalui PUNB untuk:
    • perbelanjaan modal kerja
    • peningkatan sistem automasi
    • peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan kepada SOP Covid-19
  • Mulai 1 Januari 2021, duti eksais ad valorem pada kadar 10%  dikenakan ke atas semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik
  • RM30 juta diperuntukkan untuk program SAVE 2.0
  • Kerajaan berhasrat bina UTC di Lembah pantai & perluas penggunaan kiosk di 50 lokasi
  • Bantuan khas kewangan untuk kakitangan kerajaan:
    • RM600 kakitangan Gred 56 dan ke bawah
    • RM300 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.