in

[VIDEO] Protes Thailand, Ahli Parlimen Rayu Polis Tak Guna Kekerasan Terhadap Penunjuk Perasaan

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada yang perasan ketika ini, beberapa negara jiran Malaysia sedang berdepan political turmoil.


Kemarahan rakyat Indonesia terhadap pelaksanaan Omnibus Law masih belum reda dan rakyat Thailand, khususnya gerakan anak muda yang sudah muak dengan monarki — semakin berani mencabar sistem beraja negara itu.

Khamis lalu, puluhan ribu penunjuk perasaan Thailand tidak menghiraukan perintah berkurung dan berhimpun di jalanan bagi menuntut kerajaan membebaskan sekurang-kurangnya 20 aktivis demokrasi yang ditahan pihak berkuasa.

Keadaan menjadi tidak terkawal pada hari kedua, dan BBC melaporkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan meriam air untuk meleraikan tunjuk perasaan di tengah-tengah Bangkok.

Ekoran itu, #whatishappeninginthailand menjadi trending di Twitter.

Selain itu, satu rakaman video menunjukkan seorang ahli parlimen tempatan merayu di hadapan polis anti rusuhan agar tidak mara ke arah orang ramai turut tular di media sosial.

Menurut perkongsian yang dimuatnaik pengguna tersebut, individu di dalam rakaman itu merupakan ahli parlimen Don Mueang dikenali sebagai Karun Hosakul.

Karun dikatakan merayu kepada barisan polis yang sedang mara untuk menghentikan kekerasan ke atas peserta demonstrasi.

Bagaimanapun rayuannya itu tidak diendahkan, dan pihak berkuasa tetap berkeras hendak mengepung lokasi tersebut sehingga memaksa Karun dan orang ramai berlari menyelamatkan diri ke kawasan lain.

Video tersebut mendapat 191k tontotan setakat ini, disertai dengan reaksi bercampur baur daripada pengguna Twitter.

 

Baca: Tak Pedulikan Wabak Covid-19, Rakyat Thailand Buat Tunjuk Perasaan Desak Perdana Menteri Letak Jawatan

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.