in

Fuh Bangsawan! Konsol Permainan PlayStation 5 Akan Ditawarkan Dalam Bentuk Emas 24K

Gambar Hiasan 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Jun lalu, ramai gamer tak senang duduk apabila Sony telah berkongsi kepada orang ramai tentang reka bentuk konsol Playstation 5 (PS5).


Rekaan yang didominasi dengan warna putih dan sedikit campuran warna hitam, PS5 boleh dikatakan penuh dengan ciri-ciri futuristik. Selain itu, ia juga mempunyai persamaan dengan reka bentuk alat kawalan yang terlebih dahulu diumumkan.

2 13

Namun siapa sangka belum pun rasmi dilancarkan, sebuah syarikat dari United Kingdom, Truly Exquisite sudah pun mengumumkan bakal menawarkan PS5 mewah dengan tiga varian iaitu bersalut platinum, emas 24K dan rose gold 16k kepada orang ramai.

3 9

Memang terkenal dalam menawarkan barangan teknologi dengan salutan emas 24K, Truly Exquisite bagaimanapun belum meletakkan sebarang tanda harga lagi untuk konsol mainan tersebut.

Bukan hanya pada konsol malah headphone dan alat kawalan jauhnya turut disaluti emas. Teaser yang dikeluarkan mereka jelas menarik minat gamers dari seluruh dunia .

1 14

Lagi menarik, pengasas Truly Exquisite, Kunal Patel dalam satu kenyataan berkata mereka menganggarkan hanya akan mengeluarkan kurang dari 100 unit bagi PS5 ini. Dengan kuantiti sebanyak itu, ramai berpendapat harganya pasti tak lari dari RM30,000 .

Sebelum ini, sekitar tahun 2013 Xbox One bersalut emas pernah dijual dengan harga £6,000 (RM33,000) di gedung mewah, Harrods.

Agak-agak korang dekat Malaysia ada tak yang akan beli ?

Baca: Gigihnya Adik Ini Kumpul RM1 Hari-Hari, Dapat Beli PS4!

Zx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.