in

Gigihnya Adik Ini Kumpul RM1 Hari-Hari, Dapat Beli PS4!

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana semua kaki gamers kat sini, angkat tangan!


Tipulah kalau korang yang suka main game tak tahu permainan konsol atau dipanggil console game macam Xbox 360, Sony PlayStation 4, Nintendo Switch.

Harga konsol mencecah RM2,000!

Bergantung pada jenis, konsol-konsol ini boleh mencecah harga antara RM500 hingga hampir RM2,000. Tak murah sangatlah.

Semestinya bagi die hard fans, mereka ni sanggup mengumpul duit untuk berbelanja demi minat dan hobi mereka.

Kumpul RM1 setahun

Menariknya, seorang remaja berusia 12 tahun sanggup bersusah payah mengumpul duit selama setahun bagi membeli Sony PlayStation 4.

Lagi best, duit yang dikumpul tu adalah hasil duit RM1. Dan cerita ni dikongsikan kakaknya di Twitter. Wow!

Beli Ps4 3
sumber: twitter

Siapa tak bangga kalau adik yang masih kecil dah pandai menyimpan duit dan menabung untuk dapatkan apa yang mereka nak.

Tawar servis sewa komik kumpul duit

Menurut kakaknya, Irfan mengumpul duit menerusi servis sewa buku komik yang dia ada. Kiranya Irfan ni both kaki game dan pengumpul komik juga.

Dia akan sewakan buku-buku komiknya kepada kawan dan hasil duit tu dibuat simpanan. Wah, kecil-kecil lagi dah businessminded. Good job!

Irfan 1
sumber: instagram
Irfan
sumber: instagram

Tapi macam mustahil juga dapat kumpul duit sebanyak itu dalam masa setahun guna RM1 je kan? Harga konsol yang Irfan nak beli pun dalam RM1,349.

Jadi mak ayah topup lah sikit duit hasil tabungan Irfan yang berjumlah RM600 tu.

“Semangat ini yang kita mahu!”

Rata-rata netizen yang baca perkongsian kakak Irfan ni bangga dan tumpang excited dengan hasil usaha dia.

Yelah, bukan calang-calang orang ada semangat macam ni.

Beli Ps4 6
sumber: twitter
Beli Ps4 7
sumber: twitter
Beli Ps4 8
sumber: twitter

Kalau budak berusia 12 tahun pun ada semangat dan inspirasi untuk menyimpan duit demi dapatkan sesuatu yang kita minat, apatah lagi kita semua yang dah besar panjang ni. Malulah kalau tak reti-reti buat simpanan.

Tahniah juga kepada ibubapa Irfan sebab berjaya didik anak dengan baik. Semoga adik Irfan terus kekal dengan sikap ni ok?

Baca: Gaji Hanya RM800 Sebulan, Tapi Mampu Kumpul RM12K Dalam 3 Bulan?

Duit Tabung Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.