in

“Peti ais tu 40 kg kot, biar betul?!” – Cikgu Angkut Peti Ais Untuk Murid Pedalaman Sejauh 10 kilometer

Cikgu Harry 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan rasa kasih dan sayangnya terhadap murid. Ramai guru yang telah dianggap sebagai ‘adiwira’ demi menjaga kebajikan dan membuat anak murid mereka tersenyum. Guru macam ni perlu dihargai sampai bila-bila.


Macam seorang guru di Penampang, Sabah ini yang dikenali sebagai Harry Yanto Bikal. Kegigihannya wajar dipuji apabila dia telah memikul sebuah peti ais seberat hampir 40 kg sejauh 10 kilometer selama 7 jam dengan hanya berjalan kaki.

Namun jalan yang perlu dilaluinya bukanlah jalan biasa sebaliknya dia perlu meredah hutan, sungai, bukit, jambatan gantung dan titian kayu sebelum sampai ke Sekolah Kebangsaan Longkungongon tempat dia berkhidmat.

Menurutnya, peti ais yang dibeli bersama rakannya itu hasil daripada sumbangan guru-guru daripada sekolah tersebut untuk menyimpan barang-barang basah seperti ikan, ayam dan sayur untuk penyediaan makanan budak asrama agar tahan lebih lama, lapor Harian Metro.

Cikgu Harry

Usaha Cikgu Harry ini sudah lama dirancang namun bukan mudah untuk mengangkat peti ais seberat 40 kg ini dengan harus melalui banyak halangan memandangkan tiada kenderaan yang boleh digunakan untuk akses ke sekolahnya.

Dia dan rakannya tiba di jalan utama seawal jam 7 pagi dari Pekan Donggonggon dan langsung meneruskan perjalanan ke SK Longkungongon sambil memikul peti ais yang diikat kemas di belakang badan. Wehh, mesti penat Cikgu Harry kalau dah macam tu

Namun, itu bukan menjadi penghalang buat dirinya kerana setelah tiba di sekolah penat yang dia rasai telah hilang sebab dapat tengok anak-anak muridnya tersenyum gembira.

Memang sangat penat sampai bahu pun ada bekas lebam, katanya.

Setiap hujung minggu dia akan pergi ke pekan membeli sedikit keperluan untuk menyiapkan mini dewan sekolah dan penginapan inap desa.

Harry

Apa yang dia harapkan ialah pihak berwajib dapat menyediakan satu laluan kenderaan untuk sampai ke SK Longkungongon.

Majoriti netizen di facebook mendoakan kesejahteraan Cikgu Harry sebab tak semua orang boleh buat apa yang dia buat demi anak-anak muridnya.

Komen Fb 1 1

Weh, beruntung murid-murid sekolah ni dapat cikgu yang sanggup berkorban untuk diorang. Hargailah sesiapa saje yang pernah bagi ilmu kat kita lagi-lagi seorang guru.

Baca : “Pemimpin sibuk rebut kuasa, rakyat hidup susah” – Pendidik Ni Kongsi Kisah Murid Dan Seluar Sukan

Cikgu

 

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.