Nampaknya kecaman netizen kepada Andi Bernadee terhadap Muzik Video lagu baru berjudul Shimmy itu seperti tidak diendahkan oleh penyanyi tersebut.
Selepas kecaman itu viral di Twitter , Andi ada tampil bagi respon tepis kecaman tersebut dengan menyindir teguran netizen itu.
Oke la oke la , kita tukar pasni jgn gigit leher .. Kita gigit ketiak oke ?”
Berikutan dengan kecaman itu, ada yang menyokong dan ada juga yang kurang senang dengan ego Andi Bernadee bila dikrititik mengenai jalan cerita video klip lagu tersebut.
Malah, Andi buat masa ini tidak buka mulut berkenaan dengan pertikaian netizen tentang lagunya yang seakan-akan lagu Jason Derulo itu.
Diam lah dah lah tiru Jason Derulo – Netizen
Video muzik berjudul Shimmy itu dimuat naik pada 21 Februari 2020 lepas dan kini telah meraih hampir 600K dalam masa beberapa hari ia mula dimuat naik.