in

“BF ugut sebar video seks” – Goo Hara Pernah Cuba Bunuh Diri Bulan May, Kena Serang Dengan BF Lepas Tu…

Goo Hara 1

Selepas Sulli, rakan baiknya iaitu Goo Hara yang juga merupakan bekas ahli kumpulan KARA dilaporkan meninggal dunia. Goo Hara ditemui di rumahnya dekat Gangnam, Seoul dan dipercayai membunuh diri kerana dikatakan menghidap depression.

Hara3
sumber: clean sheet

 

Pernah cuba bunuh diri

Pada bulan May lepas, Goo Hara ditemui tidak sedarkan diri di tingkat dua rumahnya dekat kawasan perumahan Cheongdam, Seoul.

Dia dijumpai oleh pengurusnya yang risau selepas membaca posting Instagram dimuat naik oleh Goo Hara, menunjukkan perkataan “Goodbye”.

Hara1
sumber: nextshark

Selepas cuba dihubungi beberapa kali dan tidak menjawab panggilan, pengurus Goo Hara terus ke rumahnya dan ternampak dia terbaring di dalam bilik yang dipenuhi dengan asap.

 

Diugut bekas kekasih

Goo Hara pernah terlibat dengan kes berprofil tinggi dengan bekas teman lelaki yang dikatakan telah menyerang serta mengugutnya.

Bekas kekasihnya, Choi Jong Bum telah mengugut Goo Hara untuk menyebarkan video seks mereka berdua serta turut mencederakannya ketika bertengkar pada September 2018.

Hara8
sumber: google

Januari 2019, Choi dibicarakan atas kesalahan mendatangkan kecederaan terhadap Goo Hara serta mengugut untuk menyebarkan video seks mereka di laman sosial Dispatch.

Choi juga dibicarakan atas kesalahan pencabulan kerana merakam bahagian badan tanpa persetujuan Goo Hara, menyerang yang menyebabkan kecederaan, peras ugut, paksaan serta menyebabkan kerosakan harta benda.

Hara9
sumber: korea boo

 

Netizen kecam, agensi tak lindungi

Menurut Cheat Sheet, meskipun menjadi mangsa tetapi Goo Hara sebaliknya terima kecaman kuat di internet. Bukan itu saja, lebih teruk lagi agensi turut menamatkan kontrak Goo Hara pada Januari 2019.

Hara2
sumber: nextshark

Peminat kini menuntut keadilan terhadap kematian Goo Hara selepas mendapat tahu apa yang dilalui bintang Kpop berusia 28 tahun ini dan kerana budaya merogol dalam industri hiburan di sana.

Takutnya dengar banyak artis dekat sana depress. Kita nampak dorang happy tapi sebaliknya….

Baca: “Dulu Sulli, sekarang Goo Hara” – Hilang 2 Sahabat Dalam Setahun, Peminat Kini Risau Keadaan Pelakon Hotel Del Luna, IU

Del Luna Iu