in

“97% baju warna pink” – ‘Influencer’ Brazil Ini Hidup Macam Barbie, Sampai Rumah Pun Merah Jambu!

Feature 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini peminat tegar warna merah jambu? Ada sesetengah orang yang memang minat warna ni sampai kereta pun dihias dengan warna kegemaran. Memang cute. 


Kali ini, admin nak kongsikan tentang seorang influencer dari Brazil yang sangat minat dengan warna pink sehingga ramai yang panggil dirinya Barbie, lapor Oddity Central. Bruna Carolina Peres atau lebih dikenali sebagai Bruna Barbie, wanita ini mengatakan dia sebenarnya dah lama meminati warna itu.

Ketika remaja, dia hanya memakai baju berwarna merah jambu sahaja untuk menunjukkan rasa sayangnya terhadap warna ni. Ada juga yang membandingkan dirinya dengan watak Elle Woods dalam filem Legally Blond. Admin memang minat betul dengan filem ni dulu. 

Pada mulanya, dia tak minat pun dengan Barbie namun sejak semakin ramai yang panggil dia Barbie di kehidupan sebenar, Bruna pun mula berjinak-jinak dengan konsep Barbie.

Untuk pengetahuan korang, dikenali dengan nama @brunabarbieoficial di Instagram, wanita ini mempunyai ribuan pengikut di Instagram, lebih 10 juta followers di platform TikTok dan 2.4 juta peminat di YouTube.

Kebanyakan content yang dipaparkan di platform tersebut adalah tentang kehidupannya sebagai ‘Barbie’ yang dikelilingi dengan warna pink sampai villanya pun bertemakan Barbie.

Menurut Bruna, dia mula berkongsi gambar dan video gaya hidupnya pada 2013 dan hari ini, ia dah jadi kerjayanya.

90 peratus pengikut saya adalah perempuan yang berumur antara 18 hingga 34 tahun”, katanya.

Tambahnya lagi, 97 peratus baju dalam wardrobe miliknya juga berwarna merah jambu dan hanya ada beberapa helai sahaja yang berwarna hitam dan putih. Sampai perabot, swimming pool dan kutleri kat rumah pun semua warna pink! 

So, apa pulak warna favourite korang? 

Sumber: Oddity Central

Baca: “Bila giler PINK, semua pun nak pink” – Gara-gara Minat Hello Kitty, Wanita Tukar Rumah Pusaka Moyang Jadi Istana Pink!

Pink 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.