in

9 Tahun Hilang Tanpa Petunjuk, Netflix Bakal Tayang Dokumentari MH370 8 Mac Ini

Cats 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines 370 atau lebih dikenali sebagai MH370 masih menjadi misteri dan tanda tanya buat seluruh masyarakat dunia. Meskipun usaha pencarian sudah dilakukan oleh pelbagai pihak, kehilangan MH370 masih belum menemui jawapan.


Terbaharu, Netflix dilaporkan bakal menayangkan dokumentari khas berkenan tragedi pesawat MH370 yang hilang tanpa petunjuk sejak tahun 2014.

Fpghtzjayaa2Ucc

Bersempena dengan 9 tahun tragedi menyayat hati ini, dokumentari MH370: The Plane That Disappeared akan ditayangkan pada 8 Mac ini, iaitu bersamaan dengan tarikh pesawat itu hilang dari radar.

Dokumentari ini difahamkan menemuramah ahli keluarga individu yang hilang, termasuk dengan penyiasat insiden ini. Selain itu, lakonan semula tentang apa yang mungkin berlaku di atas kapal terbang juga akan ditayangkan dalam dokumentari ini.

Hasil tinjaun di media sosial mendapati dokumentari ini mendapat sambutan yang baik daripada warga Malaysia. Rata-ratanya mahu melihat apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370, dan mahu mendengar pendapat pakar siasatan berkenaan insiden terbabit.

Jangan lupa tonton 8 Mac ini!

BACA: Peristiwa MH370: Australia Ketuai Misi Pencarian Semula MH370 Lepas 8 Tahun Menghilang

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.