in

9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang Pengumuman PKP Fasa-4

Muhyiddin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang PKP bakal dilanjutkan ke fasa ke-4 dari 28 April hingga 12 Mei.


Kalau tadi korang tak sempat nak tengok atau tangkap point-point penting yang diberitahu tadi, jangan risau, dekat bawah ni adalah beberapa ringkasan dari pengumuman tadi:

1. Pelajar yang “terkandas” di universiti akan dibenarkan untuk pulang ke rumah tak lama lagi. Lebih dari 100,000 pelajar boleh kembali ke pangkuan ibu bapa namun PM meminta agar ibu bapa bersabar kerana beberapa perancangan perlu dibuat bagi memastikan pelajar dapat pulang dengan selamat.

2. Orang yang tinggal di kampung boleh membuat permohonan online kalau dorang nak balik semua ke rumah.

3. PKP mungkin akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei.

4. Walaupun PKP dilanjutkan, beberapa syarikat akan dibenarkan beroperasi selagi mereka mematuhi syarat-syarat yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja. Penjarakan sosial dan kebersihan tempat kerja.

5. Pihak berkuasa MUNGKIN akan ringankan syarat kawalan kepada beberapa sektor termasuk sektor sosial.

6. Pelan Pemulihan Ekonomi akan diaturkan oleh Menteri Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri sebagai langkah jangka pendek bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negara selepas PKP ditamatkan.

7. Beberapa inisiatif yang dirangka termasuk, membina keupayaan dan kemahiran rakyat, menggalakkan perbelanjaan domestik, meningkatkan daya tahan industri termasuk SME dan memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif di masa hadapan.

8. Kerajaan akan membuka beberapa sektor dan sub-sektor namun mereka juga perlu mengikut garis panduan ketat bagi memastikan daya saing antara syarikat dan keselamatan pekerja.

9. Garis panduan dan syarat ini akan diberikan kepada pelabur dan ahli korporat untuk mulakan operasi syarikat mereka.

 

Baca: [TERKINI] PKP Dilanjutkan Tapi Beberapa Syarikat Akan Dibenarkan Beroperasi

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.