in

9 Kisah Orang Yang Berjaya ‘Tipu Kematian’ Lepas Terlibat Dalam Kemalangan Dahsyat

Collage 16

Kalau korang tengok cerita Final Destination, satu benda yang hendak disampaikan oleh filem itu adalah kita memang tak boleh nak terlepas dari kematian.

Pun begitu, ramai juga yang pernah berpengalaman menghadapi sesuatu insiden atau kejadian yang sangat dahsyat sehingga mereka hampir mati. Jadi, pada artikel kali ini, apa kata kita tengok 10 kisah orang yang terselamat dari kematian.

1. Isidro Mejia

040505 Nailgun Hmed 5P Side

Ketika sedang bekerja di atas bumbung pada tahun 2004, seorang lelaki, Isidro Mejia secara tak sengaja telah menembak dirinya sendiri dengan pistol paku. Ini menyebabkan sebanyak enam paku berukuran 3 1/2 inci telah tercucuk di dalam leher dan tengkoraknya namun dia bernasib baik paku tersebut tak mengenai otak mahu pun saraf tunjangnya.

Ekoran ini, Isidro telah terselamat dari kejadian tersebut selepas melakukan beberapa pembedahan dan dia kini makin menghargai kehidupan.

2. Richard Blass

Richard Blass merupakan seorang gangster Kanada yang sering menjadi sasaran mafia pada tahun 1960-an. Dia telah terselamat dari dua tembakan, kebakaran dan ketika melarikan diri dari penjara sebanyak dua kali. Namun begitu, dia juga turut membunuh beberapa orang sepanjang tempoh tersebut.

Richard telah mendapat nama samaran sebagai ‘The Cat’ kerana nasib baiknya yang sering terlepas dari kematian. Namun nasib baiknya itu berakhir pada 1969 selepas dia ditembak sebanyak 23 kali oleh pihak polis.

3. Shannon Malloy

Vnaxp1Wjc5061 Side

Shannon Malloy telah terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 2007 yang menyebabkan kepalanya terputus di dalam. Tulang belakangnya telah terpisah dari tengkorak dan kesemua penghubung ligamen dan tendon terputus.

Namun begitu, Shannon berjaya terselamat dan sempat menamatkan pengajiannya. Doktor telah berjaya mencantumkan kembali tengkoraknya dan membaiki tulangnya yang patah. Walaupun menghadapi beberapa kerosakan saraf yang memberi kesan kepada mata dan percakapannya, Shannon tetap optimistik.

4. Vesna Vulovic

1467024996177030428.Jpg

Vesna Vulovis merupakan seorang pramugari di dalam sebuah kapal terbang yang meletup di atas Czechoslovakia pada 1972. Dia merupakan satu-satunya orang yang terselamat di antara 28 penumpang dan kru kapal.

Pramugari ini telah terjatuh setinggi 33,000 kaki di udara sebelum terhempas di bukit yang dilitupi salji tebal. Akibatnya, Vesna telah mengalami keretakan tengkorak, patah kedua belah kaki, tiga vertebra patah yang menyebabkan dia lumpuh sementara.

Selepas pembedahan, Vesna boleh menggunakan kakinya semula dan kembali membuat penerbangan beberapa kali. Dia juga telah memegang Rekod Dunia Guinness sebagai terjun bebas tertinggi.

5. Ludger Sylbaris

Ludger Sylbaris.jpg

Pada 1902, gunung berapi di Mount Pelee telah meletup dan membunuh lebih dari 30,000 orang termasuk banduan di dalam penjara di Martinique. Namun begitu, seorang banduan Ludger Sylbaris  yang telah dipenjarakan di dalam sel separa bawah tanah telah terselamat walaupun terpaksa mengharungi udara panas, abu dan kebakaran.

Ludger kemudiannya telah diberikan pengampunan dan menyertai sarkas sebagai “Lelaki Yang Hidup Ketika Kiamat”.

6. Ann Hodges

Sylacauga Ann Hodges Bruise University Of Alabama Museum Of Natural History

Ketika Ann Hodges tidur di atas sofa di Alabama pada tahun 1954, satu meteor sebesar buah limau gedang telah jatuh ke bumbung dan terkena lengan serta pinggulnya. Akibat ini, dia telah tercedera teruk namun masih boleh berjalan.

Ann merupakan satu-satunya orang yang pernah dilaporkan terkena meteor. Selepas kejadian ini, tentera udara telah mengambil meteor tersebut darinya tapi dia telah mendapatkannya semula selepas melawan di mahkamah dan mendermakan meteor tersebut ke muzium.

7. Phineas Gage

Dkbd7Uv7Jcq91

Phineas Gage yang merupakan seorang pekerja landasan kereta api telah menjadi fenomena kepada perubatan moden neurologi. Semuanya selepas lelaki ini sedang memasukkan serbuk pistol ke dalam lubang landasan pada 1848 sebelum ianya meletup dan menyebabkan satu batang besi tercabut dan tercucuk kepalanya.

Batang besi itu telah tercucuk pipi kirinya dan keluar ke atas kepalanya. Ajaibnya, walaupun kejadian ini telah menyebabkan sejumlah kecil otaknya terkeluar, Phineas telah berjaya diselamatkan dan masih boleh bercakap dan berjalan.

Namun begitu, personaliti dirinya telah berubah secara mendadak di mana dia menjadi kurang ajar dan agresif. Tak seperti Phineas yang dikenali oleh keluarga dan kawan-kawannya sebelum ini.

Tengkorak dan batang besi telah ditayangkan di sebuah muzium di Boston sekarang.

8. Roy Sullivan

Cropped 618741D3A2B1E2001Ef9Fc81

Roy Sullivan merupakan seorang park ranger yang telah dipanah petir sebanyak tujuh kali di antara tahun 1942 dan 1977. Dia telah terselamat setiap kali dipanah namun mengalami beberapa kecederaan seperti terbakar, kehilangan rambut dan kerosakan saraf.

Selain itu, Roy juga mengalami kesan psikologi seperti murung dan ketakutan. Dia telah memegang Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang dipanah petir paling banyak dan terselamat.

9. Bethany Hamilton

Noa6645 Custom 5Ad9870845Edb8A616Aa0F04Ddc8Fa503A418972

Ketika berusia 13 tahun, Bethany Hamilton, telah diserang oleh jerung harimau ketika meluncur di Hawaii pada tahun 2003. Jerung itu telah menggigit tangan kirinya namun berjaya mendayung ke darat untuk mendapatkan pertolongan rakan-rakannya.

Bethany telah kehilangan 60% darah dan tangan kirinya namun terselamat selepas pembedahan. Pun begitu, Bethany masih meneruskan aktiviti peluncurannya dan dua tahun selepas kejadian ini, dia berjaya memenangi gelaran sebagai peluncur negara. Bethany kini merupakan seorang peluncur profesional dan juga merupakan seorang penceramah motivasi.

Sumber: Bright Side