in

8 Bulan Gaji Tertunggak, Bekas Bintang Bola Sepak Gopi Kini Jual Air Balang

syaz ft 2025 03 06T102912.156

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pemain bolasepak pasukan Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi, menjadi tumpuan di media sosial apabila dia dilihat menyara kehidupan keluarga dengan berniaga air balang sempena Ramadan tahun ini.

Gopi yang berasal dari Kuantan Pahang pernah bermain bersama Pahang dari 2010 hingga 2015, diikuti Selangor 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2017 – 2018, Melaka United 2018, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) 2019 dan Pahang 2020.


Artikel berkaitan: “Semangat mendidik” – Orang Ramai Teruja Tengok Faisal Halim Jadi Coach Pasukan Bola Sepak

Artikel berkaitan: Cedera Dipukul, Bil Rawatan Hospital Penyokong Skuad Kebangsaan Ini Akan Ditanggung Oleh Persatuan Bola Sepak Thai

Malah, ketika bersama Pahang selama tujuh musim, Gopi atau nama asalnya, R Gopinathan, pernah berjaya merangkul dua kali Piala Malaysia dan satu gelaran Piala FA.

@sinarharianonline

Lapan bulan gaji tertunggak, bintang bola sepak Gopi Rizki niaga air balang Bekas pemain Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi, 36 tahun mencuri tumpuan apabila dia kini menjual air balang sempena Ramadan di Kampung Api-Api, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Gopi, yang berasal dari Kuantan, Pahang sebelum ini pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), PDRM (2019) dan Pahang (2020). Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Ramadan #AirBalang #gajitertunggak #GopiRizki

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Bekas pemain bola sepak yang berusia 36 tahun itu berkata dia tidak menyangka gambarnya berniaga di Kampung Api-api, Pontian tular di media sosial.

“Alhamdulillah, jualan air balang perisa jagung dan mata kucing serta kuih muih laris dijual dan pada masa sama mereka mengambil kesempatan bergambar bersama saya.

Jualan ini diusahakan hasil muafakat bersama isteri, Nor Hidayah Roslan, 38, lantaran gaji bermain bola sepak bersama sebuah pasukan tertunggak selama lapan bulan,” katanya.

Gopi yang juga bapa kepada dua anak berusia dua dan lima tahun itu mengakui, dalam situasi kini beliau perlu berusaha gigih demi memenuhi keperluan keluarga.

Dalam pada itu, dia difahamkan memegang Lesen Kejurulatihan ‘D’ dan sedia berkongsi pengalaman dengan pelajar di daerah ini jika diberi peluang sebagai jurulatih.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.