Korang mesti ada rancangan TV kesukaan korang kan? Tapi mungkin korang tak perasan yang dalam TV show yang korang tengok, ada beberapa benda yang dorang buat tiba-tiba jadi realiti.
Sama ada beberapa babak dibuat sebagai jenaka yang kemudiannya menjadi realiti atau bila sesuatu rancangan meramalkan teknologi masa hadapan, dalam artikel kali ini kita akan tengok beberapa rancangan TV yang berjaya ramal masa depan sehingga buat kita tertanya-tanya, betul ke fiksyen mencerminkan realiti. Jom tengok!
Artikel berkaitan: Nasubi: Kisah ‘Disturbing’ Lelaki Terselamat Lepas Sertai ‘Game Show’ TV Paling Kejam Dalam Sejarah
Artikel berkaitan: Ini 9 Filem & Rancangan TV Yang Terkesan Ekoran Mogok Yang Berlaku Di Hollywood Sekarang
1. The Simpsons
Kalau korang perasan, The Simpson dah banyak kali dikaitkan dengan sesuatu perkara yang berlaku kerana rancangan ini dikatakan berjaya meramal masa depan beberapa kali.
Antaranya, rancangan ini telah meramalkan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, penciptaan jam pintar dan penggabungan Disney-Fox.
Rancangan yang telah ditayangkan sebanyak 700 episod ini telah memaparkan pelbagai topik dunia, jadi memang tak hairanlan kalau ada beberapa senario dalam cerita ini sama dengan kehidupan sebenar kan?
2. Star Trek: The Original Series
Siri Star Trek asal yang ditayangkan pada 1960-an telah memperkenal beberapa alatan canggih masa hadapan yang kemudiannya telah menjadi inspirasi kepada penciptaan sebenar.
Rancangan ini telah meramalkan kemajuan telefon bimbit, tablet, komputer dan teknologi Bluetooth. Malah, kebanyakan peranti yang kita gunakan sekarang telah digunakan dalam dunia Star Trek.
3. Scrubs
Dalam salah satu episod Scrubs bertajuk “My Cabbage“, satu karakter telah berbincang mengenai potensi berlakunya pandemik coronavirus bertahun-tahun sebelum Covid-19 wujud.
Ramai yang tak perasan dengan ramalan yang dibuat pada masa itu dan perkara ini hanya berbangkit semula ketika pandemik sebenar berlaku.
4. Friends
Dalam salah satu episod Friends yang ditayangkan pada tahun 2003, Chandler Bing telah membuat lawak tentang satu laman web yang dikatakan sangat pantas seperti angin di mana ia menunjukkan potensi internet di masa hadapan.
Tapi masa Chandler cakap benda ni, masih belum ada media sosial seperti Facebook dan Twitter yang kini menjadi salah satu platform untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain.
5. The Lone Gunmen
The Lone Gunmen merupakan satu siri spinoff The X-Files. Dalam salah satu episodnya, ia telah menunjukkan kerajaan membuat rancangan melibatkan kapal terbang terhempas ke Pusat Dagangan Dunia.
Apa yang menyeramkan, episod ini telah ditayang hanya beberapa bulan sebelum serangan 9/11 sebenar berlaku menjadikan ia sebagai salah satu contoh menakutkan di mana rancangan TV meramal tragedi yang bakal berlaku.
6. Parks and Recreation
Dalam musim terakhir Parks and Recreation, rancangan ini telah membuat lawak tentang pasukan Chicago Cubs yang dikatakan telah berjaya memenangi Siri Dunia pada tahun 2017.
Menariknya, Cubs memang betul-betul menang Siri Dunia pada tahun 2016 sekaligus mencipta sejarah selepas dah tak menang selama 108 tahun.
Ramalan dari rancangan ini hanya tersilap setahun menjadikan ia ramalan yang agak tepat.
7. The Twilight Zone
The Twilight Zone mempunya beberapa episod yang melihatkan ia mampu meramal masa depan. Tapi salah satu yang paling terkenal adalah episod yang ditayangkan pada 1950 I Shot and Arrow into the Air.
Di dalam cerita tersebut, satu nahas kapal angkasa telah berlaku di mana ia dikatakan telah mendarat di asteroid, namun begitu mereka akhirnya mendapat tahu tempat tersebut sebenarnya adalah bulan.
Untuk pengetahuan korang, episod ini telah ditayangkan 10 tahun sebelum misi Apollo 11 yang berjaya mendaratkan manusia di permukaan bulan tau!
Sumber: MovieWeb