in

7 Sitkom Lakonan Matthew Perry Selain ‘Friends’ Yang Korang Mungkin Tak Pernah Tengok!

Cats1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, salah seorang pelakon sitkom popular, Friends iaitu Matthew Perry telah dilaporkan meninggal dunia di rumahnya. Sudah tentu, perkara ini amat menyedihkan buat rakan pelakon juga peminat watak Chandler Bing dalam siri itu.

Tapi, bukan Friends sahaja sitkom yang pernah dia berlakon tau! Ada banyak lagi yang best-best untuk ditonton. Jadi, kalau nak tahu, korang boleh baca je dekat senarai bawah ni.


1. Second Chance 

L1

Dulu, sitkom ini dikenali dengan nama Boys Will Be Boys namun telah ditukar kepada Second Chance pada Disember 1987. Ia ditayangkan tak sampai setahun di Fox iaitu dari September 1987 hingga Mei 1988. Selain Matthew Perry, ia juga dibintangi oleh Kiel Martin.

Kisahnya, watak Chazz dilakonkan oleh dua orang di mana Matthew mengambil versi muda manakala Martin melakonkan versi yang lebih tua. Pada suatu hari, Chazz meninggal dunia namun, dia tak layak untuk masuk syurga ataupun neraka. Jadi, dia kononnya diberi peluang untuk kembali ke dunia bagi memperbaiki semula kehidupan masa lalunya.

Kalau korang nak tahu, sitkom ini berlangsung selama satu musim sahaja iaitu sebanyak 21 episod telah disiarkan.

Artikel berkaitan: Pelakon Watak Chandler Dalam Siri Komedi Friends Meninggal Dunia, Ditemui Lemas Di Rumah

2. Sydney

Syd

Kalau korang nak tengok Matthew bawa watak yang lain daripada lain, korang kena tengok sitkom ni! Ia telah disiarkan di CBS dari pertengahan Mac hingga 25 Jun 1990.

Ia menceritakan tentang watak Sydney Kells, seorang penyiasat persendirian yang dimainkan oleh pelakon veteran, Valerie Bertinelli yang meninggalkan bandar New York demi menjalankan perniagaannya di kampung halaman.

Dalam rancangan ini, Matthew berlakon sebagai Billy, abang kepada Sydney yang overprotective terhadapnya. Kadang-kadang, dia juga bertindak sebagai polis baru yang membantu adiknya mengendalikan pelbagai kes.

3. Home Free

Home Free

Selain itu, Matthew Perry juga membintangi sitkom kekeluargaan, Home Free bersama Marian Mercer dan Diana Canova. Ia ditayangkan dari 31 Mac hingga 2 Julai 1993 di saluran ABC. Dalam siri ni, Matthew berlakon sebagai wartawan bebas berumur 22 tahun, pemalas dan masih tinggal dengan ibunya.

Suatu hari, kakaknya yang baru diceraikan pulang ke rumah bersama dua orang anaknya. Disebabkan tu, watak Matt Bailey yang dilakonkannya terpaksa belajar untuk menjadi orang yang bertanggungjawab di samping menjadi contoh yang baik kepada anak buahnya itu. Di sini, korang boleh nampak kesusahan yang Matt hadapi untuk tinggalkan kehidupan liarnya.

4. Studio 60 on the Sunset Strip

60

Sitkom ini bukan saja komedi semata-mata malah dicampur dengan elemen drama. Ia merupakan terbitan Warner Bros Studios dan disiarkan di NBC pada September 2006 hingga Jun 2007. Seperti Second Chance, rancangan ni hanya berlangsung selama satu musim iaitu sebanyak 22 episod.

Dalam sitkom ini, Matthew memegang watak Matt Albie iaitu seorang penerbit eksekutif dan ketua penulis di Studio 60. Menariknya, format show ni adalah serupa dengan rancangan Saturday Night Live yang ditayangkan di saluran yang sama. Sekarang ni, ia boleh ditonton di pelbagai aplikasi penstriman utama seperti Vudu, Prime Video dan Apple TV.

5. Mr. Sunshine

Lo

Sitkom Mr.Sunshine yang diterbitkan pada 2011 di ABC ini merupakan antara usaha terbesar Matthew. Sebabnya, dia bukan saja berlakon malah, merupakan pencipta, penerbit eksekutif serta penulis bersama rancangan ini.

Dalam show ini, Matthew memainkan watak utama iaitu seorang pengurus operasi di Sunshine Center yang terpaksa hadap tuntutan pekerjaan yang bukan biasa-biasa dengan sikap bosnya lagi yang sukar diramal.

Walaupun bersiaran sebanyak 13 episod sahaja, ia memperoleh rating sebanyak 52% di Rotten Tomatoes tau! Kalau nak tahu, sitkom ni merupakan ‘come back‘ Matthew selepas siri Friends tamat pada tahun 2004.

Artikel berkaitan: Minat Sitcom? Ini 7 Sebab Kenapa Young Sheldon Lagi Best Dari The Big Bang Theory

6. Go On

L22

Sekali lagi, dalam Go On, Matthew memegang watak utama bernama Ryan King iaitu seorang hos radio sukan yang terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling dan menyertai kumpulan sokongan untuk move on daripada kematian isterinya.

Menariknya, penonton tak hanya dapat mengenali karakter ini sahaja namun, dapat juga mengetahui tentang watak-watak lain dalam kumpulan sokongan tu yang penuh dengan kisah unik dan juga sedih.

Selain Matthew, rancangan ni juga mempamerkan pelakon komedi popular yang lain seperti Suzy Nakamura dan Laura Benanti.

7. The Odd Couple

Odd Couple 39Cbf68323654E69A3C69A28C37203B8

Sebenarnya, rancangan ini diinspirasikan daripada siri lamanya yang disiarkan pada tahun 1970-an. Dengan mengekalkan nama yang sama, ia menceritakan tentang Oscar Madison (Matthew Perry) dan Felix Unger (Thomas Lennon) yang berkongsi sebuah pangsapuri selepas ‘ditendang keluar’ oleh isteri mereka.

Apa yang best-nya, personaliti mereka ni macam langit dan bumi di mana Oscar merupakan seorang yang agak liar dan selekeh manakala Felix merupakan seorang yang ‘nerd‘ dan juga pembersih. Jadi, kalau korang nak tahu macam mana dorang berdua ni hidup dalam satu rumah, korang kena tonton sitkom ni.

Sumber: The Messenger Entertainment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.