Kalau di Malaysia, kita memang dibesarkan dengan adab dan sopan santun. Disebabkan ini, walaupun kita mempunyai hubungan yang tak berapa baik dengan keluarga kita terutamanya ibu bapa, kita masih akan menghormati mereka dan memilih untuk berdiam diri.
Tapi, bagi orang-orang di barat lain pula, kadang-kadang mereka sering bergaduh dengan ibu bapa mereka sekiranya berlainan pendapat dan ada juga yang terang-terangan mengutuk perbuatan ibu bapa mereka kepada orang luar.
Sama juga dengan selebriti-selebriti Hollywood, ada di antara mereka yang kita memang dah tahu secara terang-terangan tak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa mereka dan ada juga yang sampai buang ibu bapa mereka. Kalau korang nak tahu siapa, jom tengok dekat bawah ni:
1. Dwayne Johnson
Ketika sambutan Hari Bapa pada Jun 2023 yang lalu, pelakon Dwayne Johnson telah bercakap mengenai hubungan rumitnya dengan mendiang bapanya Rocky Johnson.
Bapa saya mati secara tiba-tiba beberapa tahun lalu. Malangnya, sebulan sebelum itu saya telah bergaduh dengannya dan tak pernah berbaik dengannya atau berpeluang untuk menguncapkan selamat tinggal. Jadi untuk saya, Hari Bapa merupakan satu perayaan yang menyakitkan.”
Dwayne turut menasihati peminatnya untuk menghargai bapa mereka jika masih ada dan sekiranya mempunyai masalah, cuba berbaik dengannya jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
2. Cole Sprouse
Pada Mac 2023, Cole mendedahkan yang dia tak rapat dengan ibunya Melanie Wright selepas melalui pelbagai perkara sepanjang dia membesar.
Cole mengatakan bahawa ibunya menemui identiti diri selepas menjadi ibu dan cuba menukarnya menjadi perniagaan yang menguntungkan. Apabila dia mendapat anak kembar, dia telah menjadikan loophole di dalam undang-undang buruh mengenai kanak-kanak yang bekerja sebagai satu perkara yang menguntungkan.
Disebabkan ini, bapanya Matthew Sprouse telah mendapat hak penjagaan anak ke atas dia dan adiknya Dylan Sprouse ketika mereka masih kanak-kanak.
Mahkamah telah melihat kepentingan diri dalam diri ibu saya dan melihat dia sebagai seorang yang tak mampu untuk menjaga. Sekarang, bila saya makin besar dan tengok balik apa yang berlaku, saya lihat seseorang yang mempunyai masalah mental, penyalahgunaan dadah dan yang paling utama, seorang narsisis.”
3. Jennette McCurdy
Bekas pelakon Nickelodeon, Jenette McCurdy telah bersifat terbuka tentang hubungan tak baik di antara dirinya dan ibunya dalam satu memoir yang ditulis bertajuk, I Am Glad My Mom Died. Menurut pelakon ini, ibunya telah menderanya secara emosi dan memperkenalkan dia dengan gangguan makan serta memaksanya untuk berlakon ketika masih kanak-kanak.
Menurutnya, jika ibunya masih hidup, dia akan masih mempunyai masalah yang sama dan akan berterusan mempunyai masalah mental.
4. Ariel Winter
Pelakon Modern Family, Ariel Winter akhirnya berjaya mendapatkan emansipasi dari ibunya Crystal Workman pada tahun 2015 selepas turun naik mahkamah selama tiga tahun. Ariel telah dikeluarkan dari rumah ibunya pada November 2012 ketika terdapat pertuduhan berlakunya penderaan fizikal dan emosi sebelum kakaknya, Shanelle Workman dinamakan sebagai penjaganya yang sah pada Mei 2014.
5. Matthew McConaughey
Sebelum ini, pelakon lelaki popular ini pernah bersuara yang dia mempunyai hubungan yang jauh dengan ibunya, Kay McConaughey selepas wanita tersebut membenarkan rumah keluarganya untuk dirakamkan kepada televisyen.
Menurut Matthew, ketika dia cuba mencari keseimbangan dengan popularitinya, dia akan kongsikan cerita-cerita tentang dirinya kepada ibunya. Tapi kemudian, perkara yang dia kongsikan telah keluar di berita tiga hari kemudian.
Dia kemudiannya telah menjauhkan diri dari ibunya kerana merasakan bahawa ibunya ini akan menjatuhkannya dan hubungan mereka kembali baik pada tahun 2004.
Manakala Kay mengatakan bahawa pada ketika itu, dia lebih seronok dengan populariti anaknya lebih dari Matthew sendiri.
6. Macaulay Culkin
Pelakon utama Home Alone, Macaulay Culkin telah menyaman kedua ibu dan bapanya ketika dia berusia 15 tahun dan membuang mereka sebagai penjaga sahnya. Dia kemudiannya telah mengupah seorang akauntan untuk menguruskan kewangannya.
Dalam satu temubual, dia mengatakan bahawa tindakannya pada waktu itu telah dilihat sebagai tindakan seorang yang tidak waras pada pandangan orang ramai.
Masa tu saya tak tunjuk sangat diri saya depan orang. Jadi bila saya mula muncul, ramai yang terkejut bila lihat saya ok je, normal dan bukanlah gila dan rosak seperti apa yang orang ingatkan.”
7. Leighton Meester
Pelakon Gossip Girls, Leighton Meester pernah menyaman ibunya sendiri, Constance Meester kerana telah menyeleweng wang yang dia hantarkan untuk rawatan adik lelakinya, Alexander kerana mempunyai jangkitan di dalam otak.
Constance kemudiannya telah memfailkan saman balas ke atas anak perempuannya itu sebelum menarik balik saman tersebut. Leighton telah memenangi kes saman tersebut.
Untuk pengetahuan korang, Leighton telah dilahirkan ketika ibunya ini di dalam penjara atas kesalahan penyeludupan dadah dan bapanya juga turut dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.
Sumber: US Weekly