Oh my! Tak sangka polis pun boleh terlibat dalam jenayah rompak ni.
Menurut NST, pada 8 September lalu, tiga pegawai polis senior, empat pegawai polis bawahan dan seorang orang awam telah ditangkap kerana mempunyai kaitan dalam rompakan RM7.9 juta dari sebuah premis.
Premis tersebut merupakan kondominium di Lorong Ampang, Kuala Lumpur milik seorang ‘datuk’ yang merupakan ahli perniagaan.
Cara dorang rompak macam dalam movie!
Memandangkan dorang tak boleh sesuka hati pecah masuk rumah datuk tu, dorang pun menahan empat pekerja ahli perniagaan tu dan didakwa memalsukan ujian air kencing mereka dengan mengatakan pekerja-pekerja tersebut positif methamphetamine. Alasan tersebut digunakan sebagai jalan masuk ke rumah tersebut.
Laporan polis dibuat dua hari lepas kejadian after ahli perniagaan berusia 50 tahun tu pulang dari Indonesia. Dia memaklumkan jumlah ini yang lesap daripada rumahnya,
- RM2 juta dari peti besi
- RM3.9 juta dari master bedroom
- RM2 juta dalam kereta BMW X5
Selain itu, polis yang pecah masuk rumahnya pun siap curi kunci kereta milik ahli perniagaan tu. Antara jenama keretanya ialah,
- Bentley
- Porsche Panamera
- Porsche Macan
- Ford Ranger
Nak buat apa dengan kunci kereta je?
Kejadian tersebut telah berjaya dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dekat bahagian basement di mana mereka dilihat menolak beberapa troli penuh dengan beg yang mengandungi duit. Kemudian, mereka melaporkan RM1.4 juta telah disita.
Walau bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suspek ditangkap dan RM5 juta ditemui. Daripada jumlah tersebut, RM3 juta diambil dari inspektor, tiga polis dan orang awam terbabit.
Penolong Pesuruhjaya wanita dari Ibu Pejabat Bukit Aman memulangkan RM250,000 pada Ahad malam dan difahamkan sepatutnya melaporkan diri pada minggu ni sebagai pegawai pesuruhjaya senior di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.
Superintendan dari Unit Pencegah Jenayah dan Timbalan Superintendan dari Jabatan Narkotik pula dipercayai telah memulangkan beratus ribu ringgit kepada pihak berkuasa selepas itu.
Pegawai wanita dan superintendan terbabit berada di bawah jaminan manakala yang selebihnya masih dalam tahanan polis. Kes ni masih lagi dalam siasatan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan sekiranya perlu.
Polis yang sepatutnya mencegah jenayah pulak yang melakukan jenayah…
NOTA: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.
Baca: Imigresen JB Koyak Pasport Rakyat Singapura, Minta Duit Kopi