Setiap kali hari raya, korang mesti akan experience jalan jam gila sampai perjalanan sekejap pun jadi berjam-jam kan? Kalau naik kereta manual lagilah sakitttt
Tapi, trafik yang korang lalui semalam dengan sebelum raya hari tu, memang tak boleh compare dengan 7 kesesakan lalu lintas yang paling lama dalam sejarah ni tau. Sujud syukurlah kita tak pernah jam sampai macam ni.
7 Kesesakan Lalu Lintas Paling Lama Dalam Sejarah
1. Beijing-Tibet Expressway, Ogos 2010
Kalau korang nak tahu, ini adalah kesesakan trafik yang paling diingati dalam sejarah. Mana taknya, China merupakan salah sebuah pengeluar kenderaan terbesar di dunia, tapi bila ramai sangat orang beli kereta, highway dekat sana tak boleh nak tampung kenderaan-kenderaan ni.
Lebih mengejutkan, jam sepanjang 99km ni berlanjutan sampai 12 hari berturut-turut tau! Lepastu, tempoh dorang nak sampai ke destinasi ambik masa 3 hari. Gilo!
Bayangkan je lah korang nak balik Melaka tapi perjalanan ambik masa tiga hari. Kalau balik malam raya, by the time sampai dah raya ke-3. Nangis wehhh
Bukan tu je, beberapa pemandu siap kena rompak lagi waktu malam dan sorang lelaki sampai kena tikam tau.
2. Bethel, New York, Ogos 1969
Ogos memang bulan jam ke? Walaupun tak seteruk China, kesesakan lalu lintas yang berlaku pada 5 Ogos 1969 di New York ni tak kurang hebatnya.
Pemandu-pemandu di Bethel ni stuck dalam jam selama tiga hari berturut-turut. Sebabnya, hampir 500,000 orang turun ke sana untuk menghadiri Festival Muzik & Seni Woodstock. Semata-mata tau.
Disebabkan dorang tak bergerak, orang-orang yang stuck ni siap tinggalkan kereta dorang dan jalan kaki untuk pergi ke festival tu. Memang tambah sesaklah. Kesian orang yang tak nak pergi festival ni kan?
Jam ni teruk sangat sampai artis-artis yang buat persembahan dekat festival ni terpaksa diterbangkan dengan helikopter. Kalau tak, memang dorang perform atas bumbung kereta je lah.
3. Chicago, Illinois, Februari 2011
Ini adalah antara beberapa sebab kenapa orang-orang barat tak suka musim sejuk. Pada Februari 2011, penduduk-penduduk di Chicago yang dalam perjalanan ke utara Lake Shore Drive telah terdampar di tengah jalan selama hampir 12 jam!
Bukan itu je, kereta-kereta dorang tenggelam dalam salji sedalam 20 inci. Dalam tu!
4. Timur/Barat Jerman, April 1990
Pada April 1990 selepas hampir 28 tahun Berlin Wall dibina untuk memisahkan bahagian Barat dan timur Berlin akhirnya diruntuhkan.
Tapi, silapnya pihak berkuasa tak rancang keruntuhan Berlin Wall ni betul-betul. Disebabkan orang ramai excited dengan keruntuhan dinding ni, ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di sebelah timur dan barat Berlin.
Mana taknya, dah lah dorang buat benda ni masa cuti Hari Easter lepastu orang-orang kat sana pun tak sabar nak melintas dekat tempat yang selama ni terlarang. Lain kali plan lah betul-betul!
5. Lyon-Paris, Perancis, Februari 1980
Kesesakan lalu lintas yang berlaku di Lyon-Paris ni mungkin boleh mengalahkan kesesakan di Beijing-Tibet.
Disebabkan ramai sangat orang yang nak pulang ke bandar lepas cuti musim sejuk, orang-orang dekat sana stuck dalam jam sepanjang 175km! Allahu, admin dengar pun tak larat.
6. Jawa, Indonesia, Julai 2016
Negara jiran kita ni memang terkenal dengan ke-macet-an dorang. Mana taknya, penduduk dorang lagi besar dari negara tu sendiri. So, untuk perjalanan 3 jam dorang memang dah biasa stuck sampai 12 jam.
Tapi, macet yang berlaku pada Julai 2016 lebih luar biasa dari hari-hari yang lain.
12 orang mati sebab dehidrasi lepas terperangkap dalam kereta masa cuaca panas mencecah 31 darjah selsius.
Tambah teruk lagi, trafik jam sepanjang 20km ni memang penuh dengan kereta sampai tak ada space dorang nak keluar kereta.
Kesesakan ini berlanjutan dari hari Ahad hingga Selasa kerana orang ramai nak pulang semula ke rumah masing-masing lepas sambut hari raya di kampung. Admin lagi rela pergi kerja dari stuck dekat tengah jalan dalam kereta selama berhari-hari.
7. Moscow, Rusia, November 2012
Masa tahun 2012, ribut salji yang menyerang Rusia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas selama tiga hari berturut-turut.
Ribut ini menenggelamkan beberapa highway utama yang telah menghalang trafik. Insiden ni teruk sangat sampai kerahaan siap sediakan khemah untuk memberi peruntukan dan kauseling psikologi untuk pemandu. Baik gila kerajaan dorang. Ehem!
Memang dahsyat kan kesesakan lalu lintas dorang ni. So, pengajaran yang kita boleh dapat dari sini, make sure lah korang sediakan minuman dan makanan sebelum mulakan perjalanan. Tak mustahil, satu hari nanti kita stuck dalam jam sampai berhari-hari.