in

7 Filem Berkaitan Zombie Yang Dijamin Best Teruk, Sediakan Popcorn!

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, esok (28/11/2022) adalah cuti umum selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi, adalah satu kerugian jika anda tidak menggunakan cuti tersebut untuk merehatkan diri dengan berbuat aktiviti menyeronokkan seperti menonton filem.



Untuk itu, hari ini Lobak Merah akan menyenaraikan 7 filem berkaitan Zombie yang seronok dan telah mendapat pujian ramai. Enjoy!

1. Zombieland

Pada abad ke-21, zombie telah mengambil alih Amerika Syarikat. Seorang pemuda terselamat daripada serangan zombie, selepas dia mengikuti peraturan yang ditetapkan untuk diri sendiri – sentiasa duduk di tempat duduk belakang dan tidak menggunakan tandas awam.

Pemuda ini kemudiannya bertemu dengan seorang pembunuh zombie, dan bermulalah kisah dia berhadapan dengan serangan zombie. Wajib tonton!

2. 28 Weeks Later

Filem ini adalah sambungan daripada filem 28 Days Later yang ditayangkan pada tahun 2002. Ia berkisarkan tentang virus yang tidak dapat dihentikan dan virus tersebut telah memusnahkan seluruh bandar London.

Banyak usaha yang dilakukan oleh pihak tentera untuk menghentikan virus ini, namun usaha mereka gagal. Apa yang terjadi, anda kena tonton sendiri!

3. Dawn of the Dead

Watak utama filem ini, Ana sedang pulang ke rumahnya di pinggir bandar. Namun, dia terkejut apabila menemui suaminya telah diserang dengan kejam oleh jirannya yang telah menjadi zombie.

Ana sempat melarikan diri dan bertemu dengan seorang pegawai polis bernama Kenneth, bersama-sama dengan mangsa lain yang terselamat. Apa yang perlu mereka buat untuk terus hidup?

4. Dead Snow

Sekumpulan rakan telah pergi ke kawasan pergunungan untuk menikmati keindahan di situ. Secara tiba-tiba, mereka didatangi oleh seorang lelaki tua misteri yang memberitahu berkenaan peninggalan semasa Perang Dunia ke-2 di situ.

Apa sebenarnya yang terjadi di kawasan pergunungan itu?

5. The Night Eats The World

Selepas bangun daripada tidur di sebuah apartmen selepas berlangsungnya parti pada malam sebelumnya, Sam terpaksa menghadapi realiti bahawa dia kini berseorangan di dunia ini.

Zombie telah berkeliaran dan menyerang orang awam di sekitar Paris. Kerana mahu menyelamatkan diri, Sam hanya berkurung di dalam rumahnya.

Persoalannya, adakah dia benar-benar satu-satunya individu yang terselamat?

6. Army of the Dead

Dengan keadaan bandar Las Vegas yang terbiar dan dibanjiri zombie kerana kesalahan kerajaan yang tidak bagus, seorang jutawan bernama Bly Tanaka baru menyedari bahawa dia tertinggal wang jutaan ringgit miliknya di situ.

Tanaka mengupah 50 juta USD kepada bekas tentera upahan untuk mengambil wang tersebut, sebelum Presiden Amerika Syarikat menghancurkan seluruh bandar itu dan menghancurkan wang miliknya.

Mampukan mereka mendapatkan semula wang tersebut?

7. Cargo

Cargo adalah sebuah filem Australia yang telah ditayangkan pada tahun 2017. Filem ini mengisahkan tentang satu keluarga yang terkandas di sebuah bandar terpencil Australia selepas wabak bahaya tersebar.

Apa yang mereka perlu lakukan untuk terus hidup?

BACA: Genius Dunia Perfileman! 7 Filem Arahan Christopher Nolan Terbaik Sepanjang Zaman

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.