Semalam, media sosial dikejutkan dengan beberapa video rakaman litar tertutup (CCTV) letupan bom di Istanbul, Turki yang berlaku di lokasi beli-belah terkemuka di negara tersebut.
Menurut laporan BBC, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 81 cedera dalam insiden di tengah-tengah Istanbul, kata pihak berkuasa Turki.
Letupan tersebut berlaku kira-kira 16:20 waktu tempatan (13:20 GMT) di jalan membeli-belah di kawasan Dataran Taksim, menurut gabenor bandar Turki Ali Yerlikaya dan Naib Presiden Fuat Oktay berkata, letupan itu dianggap sebagai serangan pengganas yang dilakukan oleh seorang wanita.
Beberapa buah helikopter berlegar-legar di seluruh pusat bandar Istanbul, manakala siren amaran dibunyikan.
“Saya berada antara 50 hingga 55 meter (dari lokasi letupan) dan kemudian terdengar bunyi letupan kuat. Saya dapat melihat tiga atau empat orang terbaring di atas tanah,” kata saksi.
Dalam media Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan pelaku serangan tersebut akan dihukum dan menyifatkan insiden tersebut sebagai satu serangan yang ‘sangat keji’.
Turkish President Erdogan on blast in Istanbul:
– 6 people dead, 53 others injured
– Wishing Allah’s mercy on those who lost their lives
– Türkiye not to bow down to terrorism
– All the perpetrators to be identified pic.twitter.com/r75oGEgfev— TRT World (@trtworld) November 13, 2022
Sebagai info, Jalan Istiklal merupakan satu laluan utama bandar yang biasanya penuh dengan pengunjung untuk membeli-belah dan sebelum ini ia menjadi sasaran pengebom berani mati pada 2016.
Baca: Baru 19 Minggu Tahun 2022, Amerika Syarikat ‘Saksikan’ 198 Kes Tembakan Besar-besaran