in

5,000 Pengunjung Banjiri Dataran Merdeka Untuk Majlis Iftar Ramadan 2026

Iftar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acara berbuka puasa atau iftar secara beramai-ramai sememangnya antara tradisi yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap kali Ramadan.

Ramai mengambil peluang untuk menikmati suasana berbuka bersama rakan dan keluarga dalam suasana yang meriah.


Sehubungan itu, masjid serta lokasi tumpuan seperti Dataran Merdeka dan Dataran Perbadanan Putrajaya sering menjadi pilihan orang ramai untuk mengadakan iftar secara terbuka.

Semalam, suasana di Dataran Merdeka cukup meriah apabila lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Iftar Ramadan 2026 kali ke-14 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Kemeriahan majlis tersebut turut dikongsikan oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook.

Iftar Ramadan Dataran Merdeka

Artikel Berkaitan: DBKL Sita Gerai Di Sekitar Dataran Merdeka, Minta Pengunjung Berhenti Beli Dari Penjaja Haram

Artikel berkaitan: “Mula-mula jual air je…” – Tular Deretan Gerai Di Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Netizen Minta DBKL Bertindak

Difahamkan, program tersebut bukan sahaja menganjurkan acara berbuka puasa, malah turut mengedarkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung. Selain itu, tadarus al-Quran dan tazkirah Ramadan juga diadakan bagi mengimarahkan suasana.

Bagi yang terlepas peluang menyertai Iftar Ramadan 2026 pada 28 Februari lalu, jangan bimbang.

Menurut perkongsian di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), acara iftar beramai-ramai di Dataran Merdeka akan diteruskan lagi pada 1 Mac serta 14 dan 15 Mac 2026.

Acara dijadual bermula jam 6 petang dan dijangka menghimpunkan warga kota serta pelancong dalam suasana berbuka puasa yang meriah.

Dbkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.