in

50 Peratus Jemaah Haji Tarik Diri Untuk Tahun 2025

ft jemaah haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 50 peratus jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji untuk tahun ini direkodkan telah menolak tawaran berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, faktor penolakan tawaran itu dikenal pasti akibat masalah kewangan yang dihadapi para jemaah.


Artikel berkaitan : Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal

Artikel berkaitan : 2 Penerbangan Jemaah Haji Ditunda Atas Faktor Keselamatan

Di samping itu beliau turut mendedahkan yang 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM 1,300.

Katanya, keadaan tersebut telah menyebabkan pendeposit dengan baki seperti itu belum layak menunaikan haji kerana jumlah kurang RM 1,300 tidak mencukupi bagi tujuan berkenaan.

“Ini kerana TH kini kurang dilihat sebagai institusi penabungan yang mampu menarik simpanan konsisten biarpun ia ditubuhkan dengan dua matlamat utama, iaitu sebagai institusi penabungan dan organisasi memudah cara perjalanan haji umat Islam ke Tanah Suci.”

“Peranan TH sebagai institusi penabungan mula terkesan apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, simpanan pendidikan dan skim persaraan swasta.”

Screenshot 2025 11 20 152557

Mengulas lanjut, Mohd Na’im menjelaskan bahawa dengan mengambil kira faktor tersebut dan berdasarkan data serta trend kajian teliti yang dilaksanakan, TH perlu ambil langkah strategik dengan melaksanakan peremajaan jenama bagi memastikan ianya sentiasa relevan.

“Ini terutama dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi menunaikan haji, selain matlamat inisiatif itu bertujuan menyusun semula strategi untuk meningkatkan kembali paras simpanan individu pendeposit yang kini amat rendah.”

“Bagi tiga tahun terkini, simpanan terkumpul hanya meningkat melalui pelaburan semula agihan keuntungan dan bukan secara organik.”

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.