in

5 Tradisi Bayi Yang Pelik & Mengejutkan Di Seluruh Dunia, No. 4 Paling Tak Boleh ‘Brain’!

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dekat dunia ni setiap tempat ada tradisi dan budaya masing-masing yang diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. Walaupun dunia semakin moden, beberapa tradisi dan budaya ini masih dipelihari dan diamalkan sehingga sekarang.

Dalam artikel ini, kita akan senaraikan beberapa tradisi bayi yang pelik dan mengejutkan di seluruh dunia, tapi yang penting tradisi-tradisi ini dilakukan oleh sesetengah masyarakat kerana mereka percaya bahawa ianya boleh membawa kebaikan untuk anak yang dilahirkan.


Kalau di Malaysia, antara tradisi yang masih diamalkan adalah seperti tuam perut bayi menggunakan tungku bagi mengelakkan perut kembung dan untuk ibu pula perlu berpantang sekurang-kurangnya 44 hari. Jom tengok apa yang negara lain buat untuk bayi dorang!

Artikel berkaitan: 11 Tradisi & Budaya Perkahwinan Yang Unik Di Seluruh Dunia

Artikel berkaitan: Sekumpulan Lelaki Cekup Perempuan Untuk Dikahwin Paksa Jadi Viral, Ketahui Tradisi ‘Kahwin Tangkap’ Di Sumba

 1. Biarkan bayi tidur di luar rumah walaupun ketika musim sejuk

Liftable Publishing Featured Image 48

Kalau korang pergi Sweden, korang jangan terkejut pulak tengok deretan stroller yang dibiarkan di luar kedai tanpa pengawasan dipenuhi dengan bayi-bayi yang sedang lena atau baring di dalamnya.

Ini kerana, orang dekat sana percaya kalau kita biarkan bayi di luar rumah walaupun sewaktu musim sejuk dan suhu berada di bawah tahap sifar atau semasa hujan, mereka akan mempunyai imunisasi yang kuat dan akan kurang mendapat penyakit seperti batuk atau selesema.

Jadi, tak kira sama ada musim panas atau musim sejuk, ibu bapa di sana akan pakaikan pakaian bersesuaian untuk bayi mereka dan biarkan mereka tidur di luar rumah pada waktu siang.

2. Mandikan bayi dengan susu panas

2018 7Largeimg06 Friday 2018 231517999

Tradisi di India Selatan ini dipanggil sebagai Karaha Pooja, ia melibatkan proses di mana bayi biasanya di bawa ke kuil dan dimandikan dengan susu panas oleh paderi sambil disambut sorakan oleh orang-orang yang melihatnya.

Namun begitu, tradisi tak berperikemanusiaan ini telah pun diharamkan ekoran berlaku banyak kejadian tak diingini.

3. Bayi tak boleh sentuh tanah selama tiga bulan

Screenshot 2023 12 20 At 2.41.00 Pm

Di Bali, orang-orang di sana percaya bahawa bayi merupakan satu makhluk suci. Ekoran ini, amat penting untuk ibu bapa tidak membenarkan bayi untuk menjejakkan kakinya ke tanah selama tiga bulan.

Jadi selama tempoh ini, bayi hanya akan didukung sahaja oleh ahli keluarganya dan hanya boleh menjejak tanah selepas 105 hari dilahirkan.

4. Baling bayi dari bumbung kuil

Baby Throwing

Di India juga ada satu lagi tradisi di mana bayi akan dijatuhkan dari bumbung kuil setinggi 50 kaki dan disambut dengan kain sebelum ia diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Perkara ini dilakukan kerana ibu bapa di sana telah berjanji untuk membaling bayi mereka bagi melahirkan anak yang sihat sebagai tanda terima kasih kepada tuhan kerana memakbulkan doa mereka.

Orang di sana percaya yang upacara ini juga boleh memberikan umur yang panjang kepada bayi dan nasib yang baik.

5. Bayi tidur dalam kotak

Babybox 22 Custom Dcff1C379801173B26A2182F8Bf7137A5A542B2B S1100 C50

Sebagai tradisi selama lebih 75 tahun di Finland, katil pertama bayi di sana merupakan kotak kadbod. Ini kerana, bila bayi di sana dilahirkan, kerajaan akan memberikan hadiah di dalam kotak besar yang dipenuhi dengan barang-barang keperluan bayi dari baru lahir sehingga berusia enam bulan.

Barang-barang yang diberikan termasuklah baju, kain bedung, selimut bayi dan lampin bayi. Manakala kotaknya yang besar pula digunakan sebagai katil bayi. Jimat betul!

Apa-apa pun semua masyarakat ada kepercayaan dorang sendiri, macam orang luar mungkin pelik dengan beberapa budaya yang kita amalkan.

Sumber: SW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.