in

11 Tradisi & Budaya Perkahwinan Yang Unik Di Seluruh Dunia

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan ni tak kiralah dekat mana-mana negara mesti ada adat dan kepercayaan masing-masing. Kadang-kadang tu sampai bergaduh anak beranak gara-gara ada yang nak pertahankan tradisi dan ada yang tak nak teruskan.


Macam dekat Malaysia perkahwinan Melayu kebanyakannya akan ada berdulang-dulang hantaran atau macam di Johor, sebelum nak tengok pengantin perempuan, pengantin lelaki kena bayar tol dulu sampai last-last muka pun dah monyok sebab banyak sangat tol nak kena bayar.

Dekat negara lain pun banyak juga tradisi dan kepercayaan mereka tentang perkahwinan ni. Namun tak kira negara mana, tradisi ini wujud kerana mereka percaya pasangan pengantin boleh mendapat kebahagian hingga ke akhir hayat. Jom baca!

11 Tradisi & Budaya Perkahwinan Yang Unik Di Seluruh Dunia

1. Norway: Pengantin perempuan pakai mahkota untuk halang roh jahat

Bridalcrownshornindal Wingsofwhimsy

Salah satu tradisi di negara Norway adalah, pengantin perempuan perlu memakai mahkota yang diperbuat daripada emas atau pun perak dan perlu ada beberapa charms kecil tergantung disekelilingnya. Dikatakan, bila pengantin perempuan bergerak, bunyi yang datang dari charms tersebut boleh menghalau roh jahat.

2. Congo: Tak boleh senyum ketika hari perkahwinan

1Meq8Tha1Nglkg1Gcusgb9W

Kebanyakan pengantin memang tak lekang dengan senyum kerana keterujaan untuk memulakan kehidupan baru. Tapi bagi pasangan di Congo ini lain pula, dorang kena kawal perasaan dorang.

Ketika hari perkahwinan bermula dari upacara perkahwinan sehingga majlis resepsi, pasangan pengantin tidak dibenarkan untuk senyum, sekiranya mereka senyum, ini bermakna yang dorang tak serius untuk berkahwin.

3. Fiji: Bagi gigi ikan paus

H3561 L297000520 Original

Di Fiji, apabila lelaki hendak meminang wanita pilihannya, dia perlu persembahkan gigi paus kepada bakal bapa mertuanya. Kesian pulak ikan paus jadi mangsa…

4. Guatemala: Pecahkan loceng

2Fb16290C01Dbf626C342Db30516169B

Sebagai tuan rumah majlis perkahwinan, ibu bapa pengantin lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka mahu termasuk pecahkan barang. Apabila pengantin tiba, salah satu tradisi mereka ialah, ibu pengantin lelaki akan pecahkan loceng yang diperbuat daripada tembikar berwarna putih yang diisi dengan beras dan tepung bagi memberi kesejahteraan kepada perkahwinan mereka.

5. Czech Republic: Letak bayi atas katil pengantin

Weird Wedding Traditions Put Baby On Bed Czechoslovakia 1

Sebelum pengantin perempuan dan lelaki sah menjadi suami isteri di Czech, seorang bayi akan diletakkan di atas katil pasangan ini bagi memberikan restu dan tingkatkan kesuburan mereka. Apabila mereka dan berkahwin, tetamu akan renjis pengantin dengan beras, kacang hijau atau lentil yang dipercayai dapat memberikan kesuburan juga.

6. Rusia: Karavay

5C66A0C085600A653E6829Da

Pengantin baru dari Rusia pula akan kongsi satu juadah manis yang dipanggil “karavay”. Ia dihias dengan gandum sebagai simbol kebahagiaan dan cincin bersambung sebagai simbol kesetiaan. Suami atau isteri yang dapat gigit cebisan paling besar akan dianggap sebagai ketua keluarga. Fuh mencabar!

7. Filipina: Lepaskan merpati putih

Weddingdoves

Selepas berkahwin, pasangan pengantin di Filipina akan lepaskan sepasang merpati putih ke udara. Merpati ini dikatakan melambangkan keharmonian kehidupan bersama untuk pasangan pengantin baru ini.

8. Cuba: The Money Dance

6D2B9E34 7F65 448D B84F B4638A2Bf269

Menurut ada di Cuba, setiap lelaki yang mahu menari bersama pengantin perempuan perlu pinkan duit pada baju pengantin perempuan untuk membantu pasangan pengantin baru ini bayar majlis kahwin mereka dan bulan madu.

9. Mongolia: Tradisi hati ayam

Chicks 4835030 640 1.Jpg

Pasangan Mongolia yang mahu menetapkan tarikh perkahwinan mereka perlu membunuh seekor anak ayam dan memotongnya sambil memegang pisau bersama bagi mencari hati ayam yang sihat sehingga dorang berjaya. Alamak, tak tahu nak cakap apa.

10. Jerman: Potong kayu balak

Sarahculver Wedding 23

Selepas berkahwin, pasangan yang baru berkahwin di Jerman akan diberikan satu kayu balak besar dan satu gergaji. Dengan bekerjasama memotong kayu balak ini, dipercayai mereka membuktikan keupayaan mereka untuk bekerjasama dalam menghadapi cabaran di dalam perkahwinan mereka.

11. India: Kahwin dengan pokok dulu

C8Cd1902C9A7079Eb804D05C034478832869412115366647270

Seorang wanita Hindu yang lahir ketika dalam tempoh astrologi apabila Marikh dan Zuhal berada di bawah rumah ketujuh, dia dianggap bernasib malang. Dikatkaan, jika wanita ini berkahwin mereka perlu bersiap sedia untuk menjadi balu. Kalau nak elak nasib malang ini, wanita tersebut perlu berkahwin dengan pokok terlebih dahulu bagi membuang nasib malang tersebut.

Sumber: Brides

 

Baca: 7 Festival Paling Pelik Tapi Macam ‘Fun’ Di Seluruh Dunia

Collage 14 758X399.Png 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.