in

5 ‘TikTok Challenge’ Viral Ni Pernah Ragut Nyawa & Cederakan Orang!

Collage 34

Kalau korang pengguna tegar TikTok, korang mesti tahu yang ia adalah “lubuk” kepada trend viral. Tapi, tak semua trend atau cabaran yang dibuat di sana semuanya menyeronokkan. Kadang-kadang trend yang viral ni ada yang bahaya dan mampu untuk meragut nyawa.

Macam bulan lepas, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari North Carolina telah mengalami kelecuran badan yang teruk di 75% badannya selepas membuat cabaran TikTok.

Apa cabarannya?

TikTok challenge viral ini adalah membuat blowtorch menggunakan pemetik api dan penyembur cat. Remaja tersebut, Mason Dark dan kawan-kawannya telah cuba untuk membuat cabaran ini sebelum penyembur cat yang dipegangnya tiba-tiba meletup.

Mason cuba untuk memadamkan kebakaran di badannya dengan terjun ke sungai berhampiran namun ketika itu badannya telah pun terbakar teruk.

Remaja ini kemudiannya telah di bawa ke hospital dan dijangka akan tinggal di sana untuk rawatan sekurang-kurangnya enam bulan.

Beberapa minggu sebelum kejadian ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dari Ohio telah meninggal dunia selepas menelan 12 ke 14 pil ‘Benadryl’ sebagai sebahagian daripada ‘Benadryl Challenge’.

Apa itu Benadryl Challenge

Cabaran ini bukanlah baru, malah Pentadbiran Makanan dan Dadah di Amerika Syarikah juga telah memberikan amaran tentang ‘Benadryl Challenge’ ini sejak tahun 2020. Ia adalah fenomena sosial media di mana seseorang individu perlu mengambil pil Benadryl dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan “halusinasi”.

Jacob Stevens yang turut mengambil bahagian dalam cabaran ini bersama rakan-rakannya telah merakamkan tindakannya menelan pil tersebut. Malangnya, kanak-kanak ini telah overdose dan semuanya berjaya dirakamkan di dalam video.

Kalau korang nak tahu, banyak lagi cabaran bahaya yang viral seperti in di TikTok dan ia juga turut meragut beberapa nyawa remaja-remaja yang mengikutinya. Jom tengok!

1. Blackout Challenge

Lalani Erika Walton Arriani Arroyo 072122 6699Fd2Fc17C4D5B93144863Ed572B44

‘Blackout Challenge’ ini merupakan trend bahaya yang melibatkan seseorang itu cuba untuk mencekik diri mereka sendiri sehingga tak sedarkan diri untuk rasa “high”. Cabaran ini jelasnya boleh menyebabkan kecederaan yang serius serta membawa maut dan dikhabarkan ramai remaja yang menjadi mangsa.

Namun begitu, sukar untuk tahu berapa orang yang telah menjadi mangsa cabaran ‘Blackout Challenge’ ini kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Menurut Independent.uk, cabaran ini telah dikaitkan dengan kematian 20 kanak-kanak dalam masa 18 bulan.

Contohnya pada tahun 2020, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Itali telah ditemui meninggal dunia ketika cuba membuat cabaran ini di TikTok dan pada tahun 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Colorado telah mati sesak nafas selepas cabaran ini.

2. Cabaran pecahkan tengkorak

Screenshot 2023 05 30 At 5.11.24 Pm

 Cabaran pecahkan tengkorak atau lebih dikenali sebagai “Skull Breaker Challenge” telah wujud pada tahun 2020. Ia melibatkan dua indivitu cuba untuk jatuhkan orang lain dan memastikan mangsa mereka jatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai dengan menendang kaki mangsa mereka.

Prank ini jelasnya boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gegaran otak, retak atau meninggal dunia. Trend ini mendapat perhatian ramai selepas beberapa laporan mengenai kecederaan yang dialami selepas membuat cabaran ini.

Trend viral ini dikatakan telah menyebabkan kecederaan di New Jersey, Miami, Arizona dan Mexico. Malah ada beberapa pelajar sekolah turut didakwa atas kesalah membuli di Florida disebabkan oleh cabaran ini.

3. Penny Challenge

Cabaran duit syiling ini dibuat dengan meletakkan duit syiling di antara pengecas fon dan soket elektrik untuk menghasilkan percikan api. Kalau dah melibatkan api, dah sah-sahlah bahaya. Bukan tu je, ia juga boleh menyebabkan renjatan elektrik, kebakaran dan kerosakan harta benda.

4. Cabaran ‘letup’ belakang

Ini satu lagi trend di TikTok yang menyebabkan ramai pulak jadi chiropractor. Ramai orang telah cuba untuk membuat cabaran ini dengan memusingkan belakang badan individu lain secara paksa atau menggunakan perabot bagi mendengar bunyi ‘letupan’ tulang’.

Trend yang mula popular pada tahun 2021 ini telah menyebabkan segelintir orang mempunyai kecederaan yang teruk kerana tidak dibuat dengan betul. Silap-silap boleh lumpuh tau!

5. Cabaran Garam

@osmosalt

@nick.digiovanni really REALLY likes salt… so much that he eats it by itself 😳😂 #osmosalt #osmopartner #eatsalt #saltchallenge #corn #ireallylikecorn #flavoredsalt #saltbae #saltyrecipe

♬ It’s Corn – Tariq & The Gregory Brothers & Recess Therapy

Cabaran garam yang mula popular pada tahun 2020 ini melibatkan seseorang itu makan garam dalam kuantiti yang banyak pada jangka masa yang singkat. Kalau tengok dekat TikTok, ramai remaja yang cuba untuk buat cabaran ini dengan mengambil botol garam dan tuangkan ke dalam mulut.

Menurut pakar, cabaran ini boleh menyebabkan dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolik dan kerosakan buat pinggang.

Hm, tak tahulah siapa yang terfikir untuk buat cabaran-cabaran bahaya macam ni. Tak ada faedah betul!

Sumber: dailyO

 

Baca: Wes Anderson ‘Trending’ Di TikTok, Ini 5 Filemnya Korang Patut Tonton, Confirm Tak Menyesal!

Screenshot 2023 05 30 At 5.18.55 Pm