in

5 Taktik Digunakan Oleh ‘Sindiket Pemerdagangan Orang’ Yang Korang Perlu Tahu!

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malangnya peningkatan sindiket pemerdagangan orang meningkat sejak akhir-akhir ini dan rakyat Malaysia juga ramai yang menjadi mangsa.


Malah baru-baru ini, seorang lelaki berusia 23 tahun Goi Zhen Feng telah ditemui meninggal dunia selepas menjadi mangsa sindiket ini apabila dia dikatakan mahu pergi ke Bangkok untuk bertemu dengan seorang wanita yang dia kenal secara atas talian.

Keluarga percaya bahawa anak mereka ini telah di bawa ke Myanmar berdekatan sempadan Thailand dan dipaksa bekerja dengan syarikat scam online. Korang boleh baca berita penuh dekat sini.

Imrs.php

Untuk pengetahuan korang, Kementerian Luar Negara mengatakan 148 dari 158 mangsa yang dilaporkan terpedaya dengan penipuan pekerjaan di Kemboja sahaja telah berjaya diselamatkan dan kini mereka dalam usaha untuk menjejak mangsa dari negara-negara lain.

Penipuan seperti ini boleh berlaku kepada siapa-siapa sahaja, jadi apa yang korang boleh buat adalah lebih berhati-hati. Selain itu, korang juga perlu ambil tahu taktik yang biasa digunakan oleh sindiket-sindiket seperti ini bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku ke atas korang atau pun keluarga.

5 Taktik Digunakan Oleh ‘Sindiket Pemerdagangan Orang’ Yang Korang Perlu Tahu!

1. Upah penari atau MUA untuk acara makan malam tahunan

Sindiket biasanya akan menyamar sebagai syarikat yang memerlukan penari, jurusolek (MUA) atau ahli silap mata untuk acara makan malam tahunan yang akan diadakan.

Mereka kemudiannya akan memancing mangsa dengan menawarkan bayaran yang tinggi serta menanggung bayaran tiket penerbangan ke negara tertentu, tempat tinggal serta makan dan minum.

Bila minta butiran lanjut, biasanya mereka akan berikan maklumat yang boleh didapati dari carian Google.

2. Iklan kerja kosong di Facebook, WeChat dan Telegram

Selain itu, taktik biasa digunakan oleh sindiket ini juga adalah dengan menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan. Mereka kemudiannya akan berhubung menggunakan WeChat atau Instagram dan biasanya pekerjaan yang ditawarkan adalah untuk menjadi promoter atau customer service.

3. Mengambil pekerja untuk syarikat “startup” dan anjurkan trip

Salah satu taktik terbaru yang digunakan oleh sindiket ini adalah dengan mengambil pekerja baru untuk syarikat yang baru dibuka dan selepas enam bulan, syarikat ini akan menganjurkan company trip dan meminta pekerja untuk turut hadir bersama. Aduiii bahayanya…

4. Menyamar sebagai kekasih

Selain menawarkan pekerjaan, taktik lain yang biasa digunakan juga adalah dengan menyamar menjadi seseorang yang sedang mencari kekasih.

Ini perkara sama yang berlaku kepada Goi Zhen Fang macam yang diceritakan dekat atas tadi.

5. Mangsa dipaksa scam kawan sendiri untuk lepas

Couple.jpg

Malangnya, antara taktik yang paling biasa digunakan adalah dengan menggunakan helah bagi menjerat kawan sendiri sebagai cagaran untuk melepaskan diri.

Macam kes yang berlaku pada pasangan dari Taiwan apabila mereka dijemput oleh kawannya untuk melawat syarikat teknologi di Myanmar. Tapi bila sampai sana, dorang telah dikurung dan dipaksa untuk scam orang lain.

Memang bijak cara-cara yang digunakan oleh sindiket ini. Harapnya kita dijauhkan dari terkena dengan penipuan yang makin berleluasa ni.

Sumber: WORLD OF BUZZ

 

Baca: Ibu Bapa Sedih Dapat Tahu Anak Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Sindiket Kerja di Thailand

Anak Hilang Di Bangkok Rupanya Meninggal Dunia 758X399.Jpg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.