in

5 Sekeluarga Orang Asli Hidup Melarat, 7 Tahun Duduk Rumah Usang & Berteduh Dalam Tong Waktu Air Pasang

Orang Asli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita takkan tahu kesusahan hidup seseorang tu, sampailah kita merasainya sendiri atau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana mereka melalui hidup dalam kepayahan.


Ia samalah seperti kisah yang dikongsikan netizen ini di Twitter, apabila dia terjumpa dengan sebuah keluarga orang asli yang tinggal di rumah usang dan menjalani hidup dalam kekurangan. Ini kisahnya yang dikongsikannya…

 

“3 WhatsApp stories dari kawan aku yang buat aku rasa sejauh mana tahap kesyukuran aku” 

Menurut Adib Khalid, dia telah berkongsi tiga WhatsApp stories yang diambil daripada seorang kawan mengenai kehidupan 5 sekeluarga orang asli.

Keluarga ini katanya telah tinggal di sebuah rumah kayu yang usang berdekatan dengan pantai. Agak menyedihkan juga apabila air pasang naik ke paras lutut, anak beranak tersebut kena duduk di atas tong. 

Usang 1

D2Anoieuwaaqklu
sumber: twitter
Air
sumber: twitter

 

Rumah selama 7 tahun diruntuhkan, baitulmal bantu sewa rumah baru

Namun syukurlah, selepas sahabat Adib ni membantu mereka, keluarga ini akhirnya dapat juga tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat.

Rumah lama yang dibina sendiri oleh suami isteri itu telah bertahan selama 7 tahun dan kini pihak baitulmal memberi mereka rumah baru dengan sewaan sebanyak RM300 sebulan.

D2Anoimuyaa2Cls
sumber: twitter
D2Anoifvyaak4R8
sumber: twitter

 

“Bayangkan pesakit kanser tahap 4 gigih berjalan sejauh 40 minit untuk naik bas dan pergi rawatan” 

Sebelum keluarga ini mendapat bantuan sewajarnya, Adib memberitahu yang rakannya mengenali keluarga tersebut ketika di Unit Kerja Sosial Hospital (UKSH) di Batu Pahat.

Pada masa tu, si ibu dilihat sedang mengendong anak berusia 2 bulan dengan dua orang anak lagi bersamanya ketika menemani suami mendapatkan rawatan. Mereka telah meminta bantuan rakan Adib ni untuk hantar mereka ke bus stand Batu Pahat untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Rengit.

Namun rakan Adib kemudian mendapat tahu yang si isteri bersama suami yang hidap sakit kanser serta anak-anak mereka tu terpaksa berjalan kaki selama 40 minit untuk pulang ke rumah. Daripada situlah rakannya tahu tentang kepayahan keluarga ni.

D2Bbz55U4Aef C0

D2Bbz55U4Aalonm

Kanser 1 1
sumber: twitter

Rata-rata netizen sangat bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga ini. Namun bagi mereka yang berhajat nak membantu keluarga orang asli ni, korang boleh je DM Adib Khalid di sini. Dia akan beri korang contact person untuk dihubungi.

Semoga keluarga ini murah rezeki dan ketua keluarganya sembuh dari sebarang penyakit. Amin! 

Baca: “Saya Tidak Mahu Mereka Tahu Kesusahan Saya” – Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Kini Jadi Gelandangan

Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.