in

5 Sebab Kenapa Travel Ramai-ramai Lagi Seronok dan Havoc

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak suka melancong? Dah terbayang-bayang dah dalam kepala ni dengan bunyi ombak pantai, angin sepoi-sepoi bahasa dan tak ada lagi hingar bingar kenderaan lalu lalang di jalan raya. Tapi tahukah anda, bercuti secara berkumpulan ni lagi best daripada bercuti sorang-sorang?

Haa belum cuba belum tahu. Asyik solo trip je kan? Apa kata kali ini korang cuba pula bercuti beramai-ramai dengan kawan. Ini dia lima sebab kenapa travel dengan ramai-ramai lagi seronok dan havoc. Gerenti korang tak menyesal punya!


 

1. Lebih meriah

Page 12

Biasanya kalau korang travel sorang-sorang, banyak benda dibuat bersendirian dan kadang-kadang terasa boring pulak tak ada teman berborak. Tapi kalau bercuti ramai-ramai mesti ada banyak benda yang korang boleh gosipkan dengan rakan-rakan. Tak ada sunyi sangat travel ke luar negara ni. Sentiasa ada je topik yang nak diborakkan!

 

2.  Ada kawan yang rajin tolong ambil gambar 

Giphy 9

Kalau pergi bercuti, tak sahlah kalau tak bergambar kat tempat yang dilawat kan? Tapi kalau bercuti sorang-sorang, korang akan mengalami kepayahan untuk mengambil gambar dan terpaksa guna monopod macam Azwan Ali selalu buat tu. Tapi kalau bercuti ramai-ramai, pasti ada kawan yang bawa kamera dan pandai ambil gambar ala-ala candid macam tu. Wow! 

 

3. Kalau ditimpa kesusahan ada rakan boleh bantu 

Giphy 5 2

Paling ditakuti ketika bercuti di luar negara ialah apabila anda ditimpa musibah dan jatuh sakit secara tiba-tiba. Lebih teruk lagi kalau anda keseorangan dan tak siapa nak membantu. Tapi kalau bercuti secara berkumpulan, sekurang-kurangnya ada juga yang boleh tengokkan korang bila sakit dan pinjamkan duit bila dompet korang kena curi. Salutelah siapa ada kawan baik macam ni!

 

4. Tak perlu susah hati pasal makan

Giphy 1 4

Bila dah ramai-ramai bercuti ni, korang tak perlulah risau nak cari restoran yang halal atau tempat makanan yang sesuai dengan tekak masing-masing. Beli bahan, masak je sendiri baru puas makan. Lagi havoc dan berselera nak makan tau! Tak adalah tiap-tiap hari nak menghadap maggie dan makan restoran je kan. Dalam banyak-banyak kawan tu, mesti akan ada yang jenis rajin masak. Bila lapar, dialah yang kita cari. Haha!

 

5. Banyak insiden kelakar bersama-sama

Giphy Downsized Large 1

Cakap bahasa ayam dan itik dengan locals, sesat dalam mencari destinasi dan cuba makanan yang pelik-pelik bersama-sama antara pengalaman menarik yang korang lalui dengan rakan-rakan. Itu belum masuk lagi jenis kawan yang ‘masuk air’ dan semua benda nak dijadikan bahan lawak. Memang korang tak bosanlah bila travel dengan kawan-kawan macam ni. Asyik bergelak aje!

Sebab itulah korang yang masih belum cuba travel beramai-ramai kena grab peluang ni sementara masih ada waktu.

Tambahan pula tidak lama lagi, Traveloka bakal adakan promosi Sale-abration! Kali ni korang tak perlu lagi beratur panjang dengan kawan-kawan untuk ke travel fair dan hanya boleh tempah tiket dari rumah saja! 

Sale Abration Bm

Lebih menarik lagi, semua jualan terhangat daripada syarikat penerbangan dan industri percutian boleh didapati di Traveloka dengan TAMBAHAN 10 peratus diskaun bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa. Wow banyaknya diskaun! 

Cara untuk mendapatkan diskaun ini mudah saja. Guna kod promo DOMSALE untuk penerbangan domestik dengan minimum pembelian RM150 dan INTSALE bagi penerbangan antarabangsa semasa membuat pembayaran. Promosi ini berlangsung dari 12 Mac hingga 25 Mac.  

Bukan itu sahaja, anda juga akan jimat lebih 15 peratus semasa membuat penempahan hotel!

Masukkan kod promo HOTYAY semasa membuat pembayaran dengan mininum pembelian sebanyak RM80 dan anda dah boleh start berangan tentang percutian impian anda! Kod ini boleh digunakan sehingga 17 Mac saja tau. 

Jadi apa yang tunggu lagi! Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai sale hebat ini!

Jangan lupa kongsikan mengenai promosi Sale-abration ini dekat rakan dan keluarga anda tau! Boleh plan trip percutian havoc bersama-sama nanti.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.