in

5 Sebab Anda Kena Tonton Breaking Bad, Siri Tentang Kartel Dadah & ‘Money Laundering’

Cover 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sekolah mahupun universiti, subjek Kimia adalah satu subjek yang agak sukar untuk difahami dan kurang menjadi kegemaran pelajar. Bayangkan terdapat ratusan dan ribuan formula Kimia yang perlu difahami dan dihafal, jadi tidak pelik jika subjek ini dikategorikan sebagai salah satu subjek yang paling sukar di dunia.


Cuba bayangkan sebuah siri yang berkisarkan kimia, kartel dadah, money laundering dan kumpulan gangster di dalamnya. Breaking Bad boleh dikatakan sebagai siri terbaik dunia, kerana susunan jalan cerita dan perincian lakonan yang direka menceritakan bagaimana kartel dadah berfungsi di dunia nyata.

Buat anda yang belum pernah tonton siri Breaking Bad, mungkin artikel ini boleh mendorong anda untuk ‘masuk’ ke dunia Walter White dan ‘lemas’ dengan jalan cerita siri ini.

1 7

Sinopsis ringkas Breaking Bad

Albuquerqe, sebuah kawasan terpencil di New Mexico, Amerika Syarikat menempatkan seorang guru subjek Kimia yang bernama Walter White. Walter mengajar di J.P Wynne High School dan merasakan gajinya tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga.

Isteri Walter sedang mengandungkan anak kedua mereka dan anak lelakinya menghidap penyakit cerebral palsy yang memerlukan penjagaan rapi. Nasibnya bertambah malang apabila dia disahkan menghidap kanser, membuatkan Walter berfikir dia perlu buat sesuatu untuk keluarganya agar mereka boleh terus hidup jika dia mati kelak.

2 7

Hidup Walter mula berubah apabila dia menemani birasnya, Hank Shradder, seorang polis ketika menyerbu rumah yang disyaki diduduki oleh penagih dadah. Walter mendapati salah seorang penagih dadah tersebut berjaya melarikan diri dan dia mengekori individu tersebut seorang diri.

Rupa-rupanya, individu tersebut ialah bekas pelajarnya di dalam kelas Kimia, Jesse Pinkman. Tanpa berfikir panjang, Walter mengugut Jesse untuk turut serta bersamanya memasak dan menjual dadah, atau dia akan melaporkan isu dadah Jesse kepada Hank Schradder.

3 2

Semenjak daripada itu, Walter White dan Jesse Pinkman telah bekerjasama untuk memasak dan menjual dadah jenis Methamphetamine. Kerana kebijaksanaan Walter dalam bidang Kimia, dia telah berjaya mencipta dadah jenis meth yang paling tulen pernah wujud dalam pasaran gelap dadah.

Mengapa anda wajib tonton?

Siri ini bukanlah siri kebiasaan yang anda akan jumpa di dunia. Ada beberapa faktor penting mengapa anda wajib tonton siri Breaking Bad.

1. Penceritaan bagaimana money laundering berfungsi

Dalam Breaking Bad, watak antagonis Gus Fring merupakan seorang kartel dadah yang paling besar di Amerika Syarikat. Untuk ‘mencuci’ hasil untung penjualan dadah, Gus telah menjadikan restoran makanan segera Los Pollos Hermanos sebagai tempat dia memproses dadah dan ‘mencuci’ duit.

4 2

Anda juga akan dapat lihat bagaimana Walter White membangunkan bisnes cuci kereta hanya untuk ‘mencuci’ duit penjualan dadah agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

2. Hank Schradder dan Walter White ialah biras!

Seperti yang diceritakan dalam sinopsis di atas, Walter White boleh dikatakan sebagai watak jahat di dalam siri ini. Dalam dunia kartel dadah, Walter menggunakan nama timangan Heisenberg agar tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa.

5 1

Menariknya, biras Walter iaitu Hank Schradder ialah polis yang dipertanggungjawabkan untuk menangkap Heisenberg, iaitu Walter White sendiri. Suspens!

3. Penulisan cerita yang kemas

Salah satu sebab Breaking Bad dianggap sebagai siri terhebat di dunia adalah kerana penulisan jalan ceritanya yang lengkap dan sempurna. Setiap karakter di dalam siri ini dibangun dan dikembangkan secara perlahan mengikut jalan cerita sehingga mereka menjadi sempurna dengan peranan masing-masing.

4. Watak antagonis yang bad ass!

Watak-watak antagonis di dalam siri ini dicipta dengan karakter yang sangat cold dan kejam. Watak seperti Mike, Tuco dan Gus Fring pasti membuatkan anda tak senang duduk dengan tingkah laku mereka.

6

5. Pengakhiran cerita yang sempurna

Kadangkala, sebuah siri yang panjang dan hebat boleh hilang tarikannya jika diakhiri dengan plot yang tidak digemari para penonton. Sebagai contoh, pengarah How I Met Your Mother (HIMYM) dikecam peminat selepas dia mengakhiri siri ini dengan plot twist yang tidak masuk akal.

Sehinggakan, ada peminat yang mencipta episod akhir alternatif rekaan mereka sendiri kerana tidak bersetuju dengan pengarah HIMYM.

Namun, lain pula buat Breaking Bad. Siri ini boleh dikatakan dimulakan dengan sempurna dan diakhiri dengan sempurna. Meskipun jalan ceritanya agak perlahan, namun penantian itu terbalas dengan plot twist dan jalan cerita yang menarik.

7

 

Sumber: IMDb, Entertainment, NSOJ

BACA: 7 Filem Seram Terbaik Turki Yang Seram & Mampu Buat Anda Sukar Tidur Malam!

Cats 27

Sumber: IMDb
Sumber: The Times
Sumber: AMC
Sumber: NeoGAF
Sumber: CinemaBlend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.