in

5 Resipi Juadah Popular Di Bazar Ramadan, Boleh Buat Sendiri Tau!

collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergi bazar ramadan memang antara aktiviti yang menyeronokkan lagi-lagi dapat tengok pelbagai pilihan makanan. Lebih-lebih lagi kita selalu pergi masa nak dekat-dekat berbuka, lagilah terliur je bila tengok makanan kat sana.

Tapi kadang-kadang tu akan ada juga peniaga yang tak jujur dan makanan yang kita beli tu tak sama seperti yang kita harapkan. Tambah lagi bulan puasa ni bukan boleh terus makan je lepas beli, dah sampai rumah baru tahu rasa dia macam mana kan?


Jadi untuk mengelakkan kekecewaan seperti ini dan juga untuk menyelamatkan duit poket korang dengan kenaikan harga makanan di bazar ni, jom min kongsikan beberapa resipi juadah berbuka yang popular di bazar ramadan.

1. Roti John

roti john 1

Roti john ni setiap tahun confirm jadi buruan ramai orang. Kalau tengok kedai yang jual juadah ni, amboi kemain ramai lagi orang beratur.

Tapi sebenarnya, tak adalah susah pun buat roti john ni tau. Malah, ia antara juadah yang boleh dikatakan paling senanglah nak buat. Jom!

Bahan-bahan:

1.5 biji bawang holland (1.5 whole holland onion)
4 ulas bawang putih (4 cloves garlic)
3 sudu rempah kari daging (3 tbsp beef curry powder)
1 sudu kecil jintan manis (1 teaspoon fennel powder)
1 sudu kecil jintan putih (1 teaspoon cumin powder)
400g daging kisar (400g ground beef)
Garam (salt)
2 cawan air (2 cups water)
Roti sosej (hot dog buns)
Mentega (butter)
5 biji telur (5 eggs)
Daun bawang (scallion)
Keju (Cheese)
Sos cili (Chilli sauce)
Mayonaise

Cara memasak:

Tumis bawang holland, bawang putih, rempah kari, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan daging kisar serta garam secukup rasa dan masak sehingga garing. Lepas dah garing, masukkan dua cawan air.

Kemudian dalam kuali leper, masukkan roti sosej yang dah disapu rata dan bakar sehingga mencapai kegaringan yang disukai. Kemudian dalam mangkuk, pukul 5 biji telur, masukkan daung bawang yang dah dihiris dan gaulkan dengan inti daging tadi.

Lepastu masukkan inti dalam kuali yang dah disapu dengan minyak atau butter, letakkan roti di atas inti, kemudian terbalikkan dan letak cheese. Bila dah masak, korang boleh letak sos cili dan mayonaise serta daun salad. Siapppp

https://www.instagram.com/p/B_Y_FavlCEE/?hl=en

2. Tepung pelita

109345401 3325873987469937 5747839169762835204 n

Untuk peminat tepung pelita pula, bolehlah cuba untuk buat sendiri di rumah. Yelah, bila pergi bazar, manjang habis je.

Resipi tepung pelita ni simple je, bahan tak banyak dan tak perlu kukus. Jom!

Bahan-bahan:

Bahagian hijau

1 cawan gula
1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah
4 cawan air
1 sudu besar pewarna hijau epal

Bahagian putih

4/5 sb tepung beras
200-250 ml santan kotak
3 cawan air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

Kita akan masak bahagian hijau dulu dengan satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk. Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Make sure korang kacau non-stop, kalau tak nanti berketul sampai adunan korang pekat, dalam 10 ke 15 minit. Lepas dah pekat dan likat, terus masukkan adunan ni dalam bekas-bekas kecil.

Untuk bahagian putih sama jugak, masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sampai sebati dan sampai nampak buih besar meletup. Bila dah pekat, korang boleh tuangkan acuan putih ni atas lapisan hijau. Lepastu siap. Senang je kan? Kalau korang nak makan sejuk-sejuk, letak dalam peti ais.

Sumber: MAHN

3. Murtabak mini

resepi murtabak mini

Murtabak adalah antara makanan yang sangat dicari ketika di bazar ramadan. Jadi, kalau korang nak buat sendiri dekat rumah pun boleh. Senang je kalau guna kulit popia ni, tak renyah, tahu-tahu siap!

Bahan-bahan:

2 biji bawang holland (2 holland/yellow onions)
2-3 biji ubi kentang (2-3 potatoes)
5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
400g daging kisar (400g ground beef)
4 sudu serbuk kari ayam atau daging (4 tbsp chicken or beef curry powder)
Garam (salt)
Gula (sugar)
Air (water)
2 biji telur (2 eggs)
Kulit popia (spring roll pastry)
Keju (cheese) – optional

Cara memasak:

https://www.instagram.com/p/CAPWlGKl7Gf/?hl=en

4. Apam balik

751fb36310ad199938d5792c38369198805ee6b6

Siapalah orang yang cipta apam balik ni, memang serba serbi cukuplah rasa dia. Tapi kadang-kadang bila beli dekat kedai ni, ada je yang tak cukup, jagung terkuranglah, kacang terlebih lah, baik buat sendiri…

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Sedikit mentega/planta

Bahan Tabur:

Kacang tanah
Jagung manis dalam tin
Gula
Majerin

Cara memasak:

Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Sapu majerin pada permukaan non stick pan. Tuangkan dalam 2 senduk adunan tadi dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit.

Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang then jagung. Lepastu angkat dan lipatkan. Bila dah bawa keluar boleh sapu majerin dekat kulit dia. Fuhhh bestnyaaa

Sumber: Resepi Bonda

5. Air katira

92621602 10158178177173351 7828609320471232512 n

Sebenarnya air katira ni adalah air buka puasa yang famous dekat Johor, tapi lama-lama negeri lain pun mula jual juga, jadi kalau pergi bazar ramadan mesti akan nampak.

Tapi bila tinggal dekat negeri luar Johor ni, air katira yang dijual selalunya memang tak ori dan terlebih hijau. Jom tengok macam mana nak buat air katira ori!

Bahan-bahan:

1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar

Cara-cara:

Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan dan rendamkan sehingga kembang selama 4-6 jam. Bila dah kembang, boleh angkat dan toskan.

Sementara itu, potongkan badam. Cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.

Rebus daun pandan lain dengan air dan gula untuk dapatkan aroma serta warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

Bila semua dah ready, bolehlah campurkan kesemua bahan-bahan ni dalam satu bekas dan masukkan air gula ikut kemanisan yang korang suka. Lepastu bolehlah minum sejuk-sejuk.

Sumber: MyResipi

Ha, takdelah susah sangat kan nak buat juadah popular bazar ramadan ni. Lagi jimat dan sedap kalau buat sendiri. Cuba tau!

 

Baca: 6 Resipi Sahur Simple Tapi Confirm Buka Selera!

collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.