in

5 Produk Kecantikan Yang Mahal dan Anda Masih Boleh Milikinya Dengan Cara Ini!

Makeup Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, perempuan mana sahaja yang tidak tergila-gilakan pada barangan kosmetik? Setiap keluaran terbaru, tidak kira sama ada harganya mahal atau murah, pasti laris di tangan mereka. Sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan barangan yang diimpi-impikan. Betul tu!

Tetapi tidak dapat dinafikan, harga bagi barangan kosmetik ini sememangnya mahal. Di sesetengah negara luar, barangan kosmetik ini boleh didapati dengan hanya 15 hingga 30 dolar sahaja. Ianya mahal tetapi masih lagi berpatutan. Berbeza pula dengan situasi kita di sini, harga untuk highlighter sahaja sudah boleh mencecah sehingga RM200!


Jadi, di sini kami sertakan ‘rahsia’ bagaimana untuk mendapatkan barangan tersebut tanpa perlu risau dengan harganya!

1. Fenty Beauty Precision Makeup Sponge: Blending Pearl oleh Breena Beauty

Zoom 2Ad85B975Bf191D9B80A47D7B6C1D32C0Cf740Ea 1504855252 26081 Fenty Web 1
sumber: sephora
1985009 E1507493519924
sumber: breena beauty

Bagi penggemar barangan kosmetik yang tidak mampu memiliki Fenty Beauty Precision Makeup Sponge, anda boleh menggantikannya dengan Blending Pearl keluaran Breena Beauty! Kedua-duanya adalah sama, terutamanya dari segi saiz, tekstur dan warna sponge yang seakan-akan berwarna pink itu!

Cuma keburukannya, Blending Pearl ini perlu tunggu seminit dahulu sebelum boleh digunakan bersama produk lain. Apalah sangat nak tunggu seminit kan? Sangat berbaloi kalau hanya perlu tunggu seminit dengan harganya yang cuma RM35 niiii!

 

2. Best Kylie Jenner Dirty Pink: Teddy oleh Breena Beauty

Kylie
sumber: kylie cosmetic
Teddy
sumber: breena beauty

Kylie Lip kits ini sangat terkenal di Malaysia kerana warnanya yang tidak begitu menyerlah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Purata harganya pula adalah antara RM110 hingga RM180! Tak berbaloi kan? Jadi anda boleh miliki gincu yang seakan-akan sama warna, hanya dengan RM39 sahaja iaitu daripada jenama Breena Beauty!

Sangat berpatutan kerana warnanya yang tahan lama, selesa apabila digunakan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Jadi anda tidak perlu rasa ragu-ragu untuk menggunakannya!

Breena Beauty Lip Kits ini juga boleh dijadikan sebagai ‘blusher‘ di pipi anda dengan calitkan sedikit ke pipi, ratakan dan siap!

 

3. Best Estee Lauder Double Wear Cushion BB: L’Oreal Paris BB Cushion

Estee Lauder
sumber: estee lauder
Lucent Magique Bb Cushion Lumiere Refill
sumber: hermo

Best Estee Lauder Double Wear Cushion BB ini tidak dinafikan sangat diminati ramai. Tetapi dengan harganya yang terlalu mahal iaitu RM240, ramai kaum wanita yang teragak-agak untuk membelinya. Tetapi anda boleh dapatkannya pada harga yang lebih murah daripada jenama L’oreal Paris. Usah risau, anda boleh miliki L’oreal Paris BB Cushion dengan hanya RM 89.90 sahaja!

Menariknya, L’oreal ini adalah di bawah jenama Estee Lauder juga, jadi sememangnya formula yang digunakan adalah sama dan tidak mempunyai banyak perbezaan. Produk ini juga sangat mudah untuk dijumpai seperti Guardian dan Watson.

 

4. Best Nars Creamy Concealer: Maybelline’s Fit Me Concealer

Nars
sumber: narscosmetic
Fit Me
sumber: makeup alley

Concealer daripada Nars sememangnya menjadi pilihan ramai dan sangat laris di pasaran. Kalau anda nak tahu, harga bagi satu concealer ini adalah RM132. Tetapi kalau ianya terlalu mahal untuk anda, cuba Fit Me Concealer daripada Maybelline!

Produk ini sangat ‘berkrim’ dan ringan. Kuantiti yang sikit sudah cukup untuk diratakan pada seluruh wajah anda. Harganya juga sangat berbaloi jika mahu dibandingkan dengan concealer jenis Nars itu, iaitu RM35.90 sahaja. Concealer ini datang bersama pelbagai tona warna, jadi anda tidak perlu risau jika ianya tidak bersesuaian dengan warna kulit anda!

 

5. Kaleidoscope Rainbow Highlighter: Zhuco Dream Highlighter

Kaleidoscope2
sumber: chaos makeup
20641429 1585804904792749 215174063 O
sumber: zhuco cosmetic

Nak dapatkan highlighter yang mempunyai banyak warna dengan harga murah? Anda boleh cuba Zhuco’s Dream Highlighter ini kerana warnanya seperti pelangi! Harganya pula tidaklah terlalu mahal dan masih mampu dimiliki iaitu RM69 sahaja. Teksturnya juga sangat lembut dan warnanya amat sesuai apabila dicampurkan.

Zhuco Dream Highlighter ini adalah pengganti bagi anda yang sangat menginginkan Kaleidoscope Rainbow Highlighter! Tetapi harga bagi Kaleidoscope Rainbow Highlighter ini mencecah sehingga ratusan ringgit! Jadi berbaloi sangat jika kita gunakan Zhuco Dream highlighter!

Banyak rupanya barang makeup yang seakan-akan tetapi dengan harga yang lebih berpatutan. Jadi apa lagi? Pergilah cari produk-produk tu… 

Baca: 9 Gincu Lokal Ini Perlu Dimiliki Setiap Gadis di Malaysia!

Z1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.