in

5 Perkara Salah Yang Sentiasa Disangka Betul Oleh Orang Zaman Sekarang

Perkara Salah Yang Sentiasa Disangka Betul Oleh Orang Zaman Sekarang

Kita sudah memasuki zaman yang segala maklumat boleh diperolehi dihujung jari, dan hari demi hari, pelbagai teknologi canggih diperkenalkan sesuai dengan peredaran zaman tersebut.

Namun, tidak dinafikan yang masih ada sesetengah daripada kita yang seakan-akan tidak ‘move-on’ dari pelbagai lagi cerita tradisi, mitos dan lain-lain yang sebelum ini sering disebarkan dari generasi ke generasi.

Memang betul, ada sesetengah perkara tersebut ada betulnya dan dapat dibuktikan menggunakan sains dan teknologi zaman sekarang, namun masih ada juga perkara yang selalu disalah ertikan oleh masyarakat kita sehingga hari ini.

Duduk Atas Bantal

Antara perkara yang salah yang sering didendangkan dalam masyarakat termasuklah :

 

1. Kelemumur boleh berjangkit

Perkara ini sebenarnya mitos dan hakikatnya telah dibuktikan oleh pelbagai kajian daripada pakar-pakar serata dunia. Malah, sebenarnya masalah kelemumur pada kepala dikatakan berpunca daripada kulat Malassezia yang merupakan punca utama kepada penyebab kelemumur. Bukannya berjangkit dari mereka yang berkelemumur tau!

2. Tarikh luput hanya ada pada makanan

Makanan Dalam Tin

Sebenarnya selain daripada makanan, terdapat banyak barangan di sekeliling kita yang mempunyai tarikh luput dan perlu dibuang serta digantikan dengan yang baharu. Misalnya berus gigi, tilam, bantal dan produk kecantikan.

3. Peraturan kutip makanan jatuh 5 saat

Ini merupakan salah satu lagi mitos yang sangat popular berkenaan dengan makanan yang terjatuh di lantai. Menurut mitos, ianya masih selamat dan boleh dimakan sekiranya diangkat sebelum 5 saat! Wah, memandai je kan!

Namun,rupanya ada kajian membuktikan bakteria mula merebak ke makanan sebaik sahaja ianya tersentuh pada permukaan. Jadi, lebih baik korang buang je okey!

4. Mentega semuanya tulen

Perdebatan tentang mentega tulen dan tidak ini sebenarnya sudah lama berlaku. Hakikatnya, bukan semua mentega adalah tulen, ini kerana mentega tulen mengandungi krim dan dibuat sepenuhnya daripada susu manakala mentega biasa telah dicampurkan dengan minyak dan bahan-bahan lain.

5.Tar pada rokok dan jalan sama

Pexels Braeson Holland 8995385

Sejak dahulu lagi sebenarnya kita telah dimomokan dengan kandungan TAR yang ada dalam rokok adalah tar yang sama turut digunakan dalam pembuatan jalan raya. Lain ye tuan-tuan dan puan-puan. 

Sebenarnya, bukan itu sahaja. Ada banyak lagi perkara yang ‘salah’ tapi disangka betul, macam contoh TAR tersebut lah, selama ini kita sering diberitahu yang kononya dua benda itu sama, tapi sebenarnya menurut penjelasan pakar, TAR yang tertulis pada rokok itu rupanya adalah unit pengiraan bagi zarah dalam asap. 

Tar

Bagi mengukur kandungan zarah dalam asap apabila sebatang rokok dibakar, berat sisa pepejal dan cecair dalam asap rokok setelah berat nikotin dan air yang telah dikeluarkan akan diambil kira, pengiraan inilah yang dipanggil TAR.

“Tar telah digunakan sekian lama untuk mengukur hasil akhir rokok menggunakan nombor dan berpandukan bantuan mesin

Walaupun tar boleh dijadikan ukuran bagi perokok untuk membandingkan rasa antara rokok, kaedah mengira tar adalah jauh berbeza bergantung pada ujian-ujian yang digunakan.

Disebabkan itu juga,Tar secara umumnya tidak digunakan sebagai ukuran dalam mana-mana produk alternatif yang bebas asap. Ini kerana, komposisi kimia aerosol (atau ‘wap’) pada asasnya berbeza dari rokok kerana ia tidak membakar tembakau sebaliknya hanya memanaskan. 

 

Sumber: iamlejen
Sumber: Pixabay
Sumber: Pexels
Sumber: PMIScience