Seperti yang kita tahu, dunia ni memang luas dengan kehidupan yang pelbagai. Untuk pengetahuan korang, kira-kira Bumi ni berkeluasan lebih 510 juta kilometer persegi tau! Memang lamalah kalau korang nak jelajah satu dunia ni.
Tapi, dalam banyak-banyak tempat dekat dunia ni, lautanlah yang jarang manusia terokai. Walaupun ia merupakan 70% daripada Bumi, tapi sehingga kini, para saintis dan ilmuwan tak sampai separuh pun meneroka lautan ni. Jadi, mari sini min kenalkan pada korang 5 misteri laut yang masih tak terjawab sampai sekarang.
1. Bioluminesensi
Bioluminesensi adalah salah satu fenomena keajaiban dunia. Kalau korang nak tahu, ia merujuk kepada haiwan yang boleh menghasilkan tenaga cahaya atas tindak balas kimia. Banyak haiwan yang mampu berbuat demikian, namun kebanyakan daripadanya merupakan hidupan laut seperti obor-obor dan alga.
Menariknya, fenomena ini dipercayai wujud sejak zaman Rom Kuno dan Yunani lagi. Malah, ahli falsafah, Aristotle telah mengkajinya dan mengeluarkan teori bahawa haiwan-haiwan ini tidak menggunakan haba untuk bercahaya.
Bukan itu je, setiap warna cahaya yang terhasil adalah bergantung kepada panjang gelombang cahaya di dalam laut. Namun, disebabkan berada dalam laut, gelombang cahaya didapati pendek dan menyebabkan banyak cahaya yang dihasilkan berwarna biru hijau.
Apa yang misterinya, sekitar 76% hidupan di laut ada kelebihan ini, namun masih tak dapat dipastikan cara haiwan-haiwan itu menggunakan bioluminesensi ini.
Artikel berkaitan : Sedalam Mana Lautan Pernah Diteroka Manusia, Ini 3 Rekod Dunia Penyelam Terdalam
2. Bentuk kehidupan misteri di Antartika
Misteri yang ini pula berasal dari Antartika di mana saintis telah menemukan pelbagai spesies haiwan yang ganjil di kedalaman 3,000 kaki di bawah ais. Yang lagi peliknya, hanya hidupan ini sahaja yang mampu survive dengan suhu sejuknya, kekurangan cahaya dan makanan.
Bukan tu je, banyak spesies yang ditemukan memang tak pernah dilihat sebelum ni tau! Sebabnya, saintis sendiri pun tak expect dekat situ ada hidupan yang mampu bertahan dalam keadaan ekstrem sebegitu.
Malah, telah dipastikan hidupan ini memerlukan sumber makanan dan cahaya yang cukup untuk terus hidup. Akan tetapi, misterinya saintis tak dapat tahu kenapa dorang memilih untuk tinggal di situ. Pelik kan?
3. Cenotes
Cenotes ni merupakan salah satu kecantikan alam yang terdapat di lautan. Sebagai info, cenotes merupakan telaga atau gua semula jadi yang saling berkaitan di seluruh semenanjung Yucatan di Mexico. Kebanyakan daripada gua ni bersambung dengan sungai bawah tanah yang boleh diteroka.
Selain dianggap suci oleh suku kaum Maya, ianya juga menjadi salah satu tempat pelancongan disebabkan pembentukan geologi yang amat unik. Sehingga kini, hampir 6,000 ‘lubang benam’ ini yang telah didokumentasikan oleh para saintis di sana.
Fakta menariknya, di salah satu cenotes ini terdapat penemuan rangka manusia yang berusia lebih 12,000 tahun yang merupakan di antara yang tertua di dunia.
Yang masih menjadi misterinya, penyelam gua percaya bahawa masih banyak lagi cenotes yang belum diteroka di Yucatan ni bersama dengan bentuk kehidupan dan ekosistem yang tidak pernah diketahui sebelum ni. Untuk korang yang berpeluang ke Mexico, pastikan pergi ke salah satu cenotes ni!
Artikel berkaitan : 9 Remaja Ditangkap Lepas Pukul 3 Tentera Laut Yang Halang Mereka Main Bunga Api
4. Dasar laut
Mesti ramai antara korang yang pernah menjejakkan kaki ke dasar laut, sama ada semasa snorkeling atau mandi laut di kawasan yang cetek. Tapi, sebenarnya dasar laut ni tak sama tau! Bermakna ada yang lagi dalam daripada yang korang pernah pergi.
Sudah tentu, banyak hidupan laut yang masih belum diteroka saintis di kedalaman laut yang tertentu. Sebabnya tekanan dalam laut adalah berbeza dan berbahaya bagi manusia. Oleh itu, tanpa alat yang canggih, dasar laut yang baru pun tidak boleh diteroka.
Walaupun begitu, sejak 2022, dikatakan manusia telah meneroka 25% dasar laut dan telah pun dipetakan. Selebihnya, keadaan dasar laut serta haiwan yang pelbagai masih menjadi misteri sehingga hari ini.
5. Obor-obor abadi
Siapa sangka dekat dunia ni ada haiwan yang mampu mengelak kematian tau! Kalau korang nak tahu, obor-obor abadi, juga dikenali Turritopsis dohrnii mempunyai kebolehan untuk mengembalikan sel-selnya ke peringkat kelahiran mereka. Memang menakjubkan!
Namun begitu, proses ini berlaku secara automatik dan hanya terjadi pada waktu krisis teruk seperti kelaparan atau dalam kecederaan. Dipercayai, kitaran hidup obor-obor ni boleh diulang semula dan berkemungkinan tak akan mati disebabkan usia tua.
Di samping itu, obor-obor yang mula dipertemukan di perairan Mediterranean ini juga diberikan gelaran yang lain iaitu “penunggang hebat” oleh para saintis. Sebabnya, mereka mampu bertahan dalam perjalanan yang jauh apabila mereka ‘menunggang’ kapal-kapal kargo di lautan.
Walaupun ada kebolehan untuk hidup semula, obor-obor ni juga ditimpa maut jika dimakan oleh pemangsanya. Hakikatnya, setiap yang hidup pasti akan mati.
Sumber : iluminasi