in

5 Kes Kesilapan Perubatan Yang Pernah Berlaku Akibat Kecuaian Doktor, Memang Mengerikan!

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Doktor, pakar perubatan dan pakar bedah adalah antara orang yang kita percaya. Kita sentiasa harapkan dorang untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku pada kita. Pun begitu, dorang juga manusia dan nama pun manusia mesti dorang ada buat kesilapan kan?


Kesilapan yang dilakukan oleh doktor ni bukan satu perkara yang boleh diambil mudah, ini kerana sesuatu keputusan atau tindakan doktor yang berlaku akibat dari kecuaian boleh menyebabkan seseorang itu hilang nyawa atau lebih teruk lagi terpaksa menanggung cacat seumur hidup.

Jadi dekat bawah ni, kita akan senaraikan beberapa kesilapan perubatan popular yang pernah berlaku akibat kecuaian doktor.

Artikel berkaitan: Zakar Terpotong Ketika Sunat, Keluarga Kecewa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah Beri Ganti Rugi RM3.1 Juta

Artikel berkaitan: “Doktor salahkan nurse, nurse salahkan doktor” – Gara-gara Kecuaian Hospital Kaki Bayi 4 Bulan Bengkak dan Jadi Hitam

1. Pembedahan pada bahagian kepala yang salah

Neurosurgery Header Image 07393322 7.Jpg

Tersalah buat pembedahan adalah merupakan satu kesalahan yang tak sepatutnya dibuat oleh seseorang doktor pun begitu, pakar bedah otak di Hospital Rhode Island telah membuat kesalahan ini sebanyak tiga kali pada tiga pesakit berlainan pada tahun 2007.

Dua dari kesilapan ini telah diselamatkan dengan menutup semula tempat pembedahan sebelum merawat bahagian kepala yang betul namun malangnya salah satu dari kesilapan ini telah membunuh seorang pesakit berusia 86 tahun. Lebih mengejutkan, doktor yang membuat kesalahan ini hanya digantung lesennya selama dua bulan je tau!

2. Tersilap buang buah zakar

Medical Malpractice.jpg

Seorang bekas tentera telah pergi ke hospital untuk membuat rawatan kemungkinan terdapat kanser pada salah satu buah zakarnya. Namun begitu, apabila Benjamin Houghton masuk ke dalam bilik bedah bagi membuang buah zakar kirinya di Pusat Perubatan VA Los Angeles, pakar bedah tersebut telah tersilap dan membuang buah zakar sebelah kanan yang sihat.

Kesilapan perubatan ini berlaku kerana pakar bedah tersebut tersalah tanda buah zakar yang betul sebelum membuat pembedahan. Ekoran ini, Benjamin dan isterinya telah menyaman hospital tersebut sebanyak US$200,000.

3. Tersalah potong kaki

Db Dfanwkaezsbw

Willie King sepatutnya menjalani pembedahan untuk memotong kakinya yang sakit pada tahun 1995 yang lalu. Pun begitu, doktor yang bertanggungjawab telah memotong kakinya yang lain.

Ketika siasatan dibuat, didapati bahawa kaki yang salah telah dicatatkan di papan hitam di bilik bedah dan di dalam sistem komputer hospital. Malah, jururawat juga telah menyediakan kaki yang salah sebelum doktor bedah, Dr Rolando Sanchez tiba ke dalam bilik bedah.

Semasa perbicaraan, doktor mengatakan bahawa kedua-dua kaki pesakit ini dah tak elok dan akhirnya akan dipotong juga. Doktor ini kemudiannya diarah untuk membayar denda sebanyak US$10,000 dan lesennya digantung selama enam bulan.

4. Pesakit sedar masa pembedahan

Surgery Anesthesia 1296X728 Header.jpg

Biasanya bila ada pembedahan, pesakit akan diberikan dua jenis bius iaitu satu bertujuan untuk melumpuhkan pesakit supaya tiada pergerakan dan satu lagi untuk mengelakkan sakit dan menidurkan pesakit.

Pada tahun 2006, Sherman Sizemore telah menjalani pembedahan. Bius pertama untuk melumpuhkan dia telah berjaya diberikan namun bius kedua tidak berjaya. Ini bermakna, pesakit ini telah sedar sepanjang pembedahan dijalankan dan dapat rasa semua benda tapi tak boleh bergerak atau bercakap.

Selepas 16 minit pembedahan dijalankan, barulah pasukan perubatan sedar yang pesakit ini masih sedarkan diri! Lebih teruk lagi, hospital ini tak bagitahu Sherman tentang kesilapan yang dorang buat dan berikan lelaki dadah untuk hilang ingatan sebaik sahaja mereka sedar akan kesalahan yang dibuat.

Disebabkan ini, selepas pembedahan tersebut Sherman mula mengalami beberapa masalah psikiatri di mana dia mula mendapat serangan panik kerana menyangka ada orang cuba untuk tanamnya hidup-hidup serta sering mengalami mimpi negeri dan sukar untuk tidur. Beberapa minggu selepas pembedahan tersebut, pesakit ini telah membunuh diri.

Tindakan drastik Sherman ini adalah disebabkan kesilapan yang berlaku semasa pembedahan dan ia telah terjadi kepada lebih 20,000 ke 40,000 pesakit setiap tahun. Anak-anak Sherman telah menyaman hospital tersebut dan kes itu diselesaikan secara rahsia.

5. Bawa masuk bekas tak bertanda dalam bilik bedah

90

Seorang jurugambar terkenal, Bob East telah didiagnos dengan kanser kornea pada tahun 1985. Disebabkan ini, matanya perlu dibuang. Bob telah membuat keputusan untuk mendermakan matanya ke sekolah perubatan untuk digunakan oleh pelajar perubatan bagi mengkaji kanser mata.

Ketika menjalani pembedahan untuk membuang matanya di Jackson Memorial Hospital di Miami, salah seorang pekerja yang terlibat dalam pembedahan ini telah membawa satu bekas kaca tak bertanda di dalam bilik bedah yang mengandungi cecair seperti formaldehyde yang digunakan untuk memelihara mata yang mahu didermakan.

Namun begitu, sebelum pembedahan pakar bedah telah mengeluarkan sedikit cecair serebrospinal untuk disuntik semula ke dalam tulang belakang Bob, tapi dia telah mengambil cecair formaldehyde dan menyuntik cecair tersebut sehingga menyebabkan pesakit ini kematian otak dan meninggal dunia lima hari kemudian.

Keputusan bedah siasat menunjukkan, cecair yang disuntik itu telah menyebabkan organ Bob bertukar menjadi batu.

Kes ini telah menyebabkan polisi bertukar dan mengharamkan apa-apa bekas yang tidak bertanda untuk masuk ke dalam bilik bedah.

Alahai…

Sumber: Leightonlaw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.