in

5 Kedai Pancake Paling BEST Korang Boleh Cuba Dekat Area KL!

Pancake

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak pernah makan pancake? Korang bayangkan, pancake yang tengah panas tu ada topping coklat plus buah-buahan kat tepi-tepi tu fuhhh sedap weyhhh! Lebih-lebih lagi bila pancake ni sesuai makan masa breakfast, and ada jugak yang buat sebagai dinner. Lepas tu memang sesuailah untuk yang nak diet sikit-sikit tu, memang konfem akan letak pancake ni dalam list dorang.

Tapi maybe korang dah jemu kan selalu makan pancake dengan style yang sama je. Haa ini admin sediakan 10 lokasi paling cun yang korang boleh datang untuk rasa pelbagai jenis pancake!


 

1. Briqs

Haa dekat Briqs ni, semua pancake dorang akan diadunkan dengan pisang. WOWWWW! Sementara dia punya topping pulak ada pisang sikit plus coklat, and bukan coklat murah tau, tapi Nutella! Dorang jugak akan hiaskan pancake korang dengan berries yang sedap and siap ada whipped cream atas dia. Nyumm! Harganya dalam RM20 sahaja!

Lokasi: 42, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, KL

Waktu operasi: 10 pagi hingga 12.30 pagi (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 1.30 pagi (Sabtu dan Ahad)

 

2. Wichday

Dekat Wichday pulak, dorang akan serve kita pancake dengan topping ais krim, maple syrup, strawberi dan laici. Kombinasi keempat-empat ini akan hasilkan rasa yang unik bila korang makan. Mesti sebelum ni tak pernah try kan makan dengan laici? Haa korang boleh cuba kat sini. Range harga hanya dalam RM9 ke RM18 sahaja!

Lokasi: 195, Jalan Sarjana, Taman Connaught, 56000, Cheras, KL

Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam (Isnin hingga Khamis), 11 pagi hingga 10 malam (Jumaat) dan 11 pagi hingga 5 petang (Sabtu dan Ahad)

 

3. Slappy cakes

Haa dekat Slappy Cakes ni pulak, dia ala-ala DIY pancake. Sebab apa? Korang boleh buat sendiri pancake tu nak besar ke kecik and tebal ke nipis. Dorang akan sediakan bahan-bahan untuk buat pancake, so korang boleh buat pancake tu ikut selera masing-masing. Dorang pun ada sediakan bermacam-macam jenis topping untuk korang tau. Range harga hanya dalam RM9 ke RM20 sahaja!

Lokasi: A3-G2-3A, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480, Solaris Dutamas, KL

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Ahad)

 

4. The Daily Grind

Pancake dekat sini lain daripada yang lain tau. Sebabnya atas pancake tu siap ada barbie yang konon-kononnya tengah menari. Wahhh gituwww! Topping untuk pancake ini adalah coklat dengan cip coklat dan dihiasi dengan grilled banana, mentega kacang dan jugak almond. Korang cuba tengok gambar tu, berselera betul lah! Range harga dia dalam RM15 ke RM20 sahaja!

Lokasi: LG 8 Lower Ground, Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100, Bangsar, KL

Waktu operasi: 10 pagi hingga 11 malam (Isnin hingga Ahad)

 

5. Tray Cafe

Okay untuk yang nak makan pancake, tapi tak suka topping manis-manis tu, haa korang wajib pergi dekat sini. Kafe ini jual semua healthy food, and korang nak tahu apa topping untuk pancake dia? Yang paling simple sekali dorang akan letak buah oren dan tomato ceri. Dorang sengaja cipta rasa baharu and sesuai untuk orang yang tengah diet kaw-kaw tu. Ada jugak topping dia salmon tau! Range harga pulak dalam RM10 ke RM20 sahaja!

Lokasi: H-0-2 Block H, Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1, 50480, Sri Hartamas, KL

Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang (Setiap hari kecuali hari Selasa)

WOWWWW nampak sedap semua. Harga berpatutan pulak tuuuu!

Baca: Gebu, Murah, Sedap! Peminat Donut Kena Cuba Dofi Donut & Coffee di Kuantan Ini!

Capture 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.