in

5 Iklan Lawak Thailand Ni Confirm Buat Korang Gelak Berguling!

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pernah tengok iklan-iklan Thailand ni korang mesti tahu biasanya iklan dorang ni akan ada penceritaan yang agak panjang, kompleks dan biasanya mengelirukan. Industri pengiklanan Thai gemar untuk biarkan penonton tertanya-tanya produk apa yang dorang pasarkan.

Disebabkan keunikan iklan Thai ini, ramai yang gemar tengok. Mana tidaknya, kebanyakan iklan dorang memang kelakar habis dan macam tengok filem pendek. Mesti orang-orang kat sana tak bosan bila tengok TV ada banyak iklan kan?


1. Chaindrite: Iklan anai-anai

Jenama semburan racun perosak, Chaindrite telah mengeluarkan komersial yang menunjukkan bagaimana satu keluarga ini cuba untuk menghadapi masalah serangga di rumah mereka.

Iklan ini menampilkan serangga sebesar manusia telah masuk ke dalam rumah keluarga ini dan mengejek produk semburan mereka tak dapat menghalaunya. Dengan lakonannya yang terlebih dramatik serta komen-komen kelakar dari serangga tersebut, iklan ini memang nampak sangat entah apa-apa tapi confirm buat korang tergelak. Aduhhh min geli betul tengok kostum serangga dorang.

2. Salz: Makan malam

Iklan dari jenama ubat gigi Salz ini telah meletakkan plot twist kelakar pada pasangan yang sedang makan di dalam restoran.

Ia mengisahkan tentang pasangan yang sedang berbual antara satu sama lain sementara suara latar bercakap tentang bau nafas busuk dan membuatkan penonton percaya bahawa lelaki tersebut mempunyai nafas berbau. Ia menunjukkan lelaki tersebut bercakap, tiup makanan sambil wanita yang bersamanya memberikan muka seperti sedang bau benda busuk. Tapi apa yang berlaku seterusnya memang akan buat korang tak sangka tau!

3. Krung Thai Bank: Bayar bil utiliti

Iklan dari Krung Thai Bank ini adalah contoh terbaik menunjukkan yang iklan Thai ni tak akan beritahu dari awal apa yang dorang cuba iklankan.

Ia menunjukkan tentang apa yang boleh berlaku kalau korang terlupa nak bayar bil telefon, bil air dan bil elektrik pada masa yang sama.

4. Huawei: Selfie

Iklan dari Huawei ini menunjukkan macam mana pentingnya selfie dalam kehidupan seseorang tanpa mengira apa yang sedang berlaku. Yelah zaman sekarang ni update media sosial lagi penting kan?

5. Top Charoen Optical: Rompakan bank sperma

Iklan Top Charoen Optical ni memang akan buat korang tak tahu nak garu kepala ke nak gelak. Ia menunjukkan sekumpulan perompak telah memasuki bank sperma. Tapi disebabkan dorang tak dapat jumpa duit, dorang buat keputusan untuk minum sampel sperma sebab ingatkan benda tu puding. Tapi belum sempat korang nak terkejut dengan kebodohan dorang, jenama ini bagitahu yang dorang sebenarnya bukan bodoh tapi dorang ada masalah penglihatan. Tak expect betul!

Ish banyak betul idea dorang ni eh? Korang suka iklan yang mana satu?

 

Baca: Ini 6 Iklan Raya Tahun 2023 Korang Kena Tengok, Best Giler!

Feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.