Walaupun kebanyakan filem horror memang dah seram, tapi bila korang tahu cerita tu dibuat berdasarkan kisah benar, ketakutan yang dirasai mesti lagi real kan?
Kalau korang peminat filem-filem seram mesti korang pernah tengok cerita yang disenaraikan dekat bawah ni, tapi korang tahu ke filem ni sebenarnya diadaptasi dari kisah benar? Jom baca kisah benar disebalik filem-filem seram popular ni.
1. The Exorcist (1973)
Kisah benar disebalik filem The Exorcist ini bermula pada akhir 1940-an mengenai seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Roland Doe. Selepas kematian ibu saudara kesayangannya, Ronald mula mengalami pengalaman yang pelik-pelik.
Secara tiba-tiba tilamnya akan bergerak sendiri, terdapat cecair misteri mula menitik dari dinding serta bunyi cakaran dari lantai biliknya.
Ibu bapanya yang risau dengan keadaan Roland ini telah meminta bantuan paderi di kawasan tempat tinggal mereka untuk melakukan upacara mengusir hantu ke atas anak lelaki mereka ini. Namun begitu, upacara tersebut tak sempat dihabiskan kerana Ronald telah mengelar paderi tersebut menggunakan spring dari tilamnya.
Ibu bapa Roland kemudiannya telah membawa dia ke St. Louis, Missouri bagi membuat upacara ini sekali lagi. Ketika upacara mengusir hantu dibuat, terdapat cakaran-cakaran misteri yang tiba-tiba muncul di badan Roland dan remaja ini sempat tak sedarkan diri dan bercakap dengan suara yang garau.
Tak cukup dengan itu, paderi yang menjalankan upacara ini juga turut mendakwa terdapat objek yang terbang di sekitar bilik tersebut dan Roland akan bertindak ganas apabila berdepan dengan objek-objek suci.
Ketika dirasuk, cakaran berbentuk “X” telah muncul di dadanya membuatkan paderi di sana percaya yang Roland telah dirasuk oleh 10 syaitan.
Upacara mengusir hantu ini dijalankan buat kali terakhir di sebuah hospital di St. Louis dan kali ini, ia berjaya. Selepas Roland sedarkan diri, dia berkata “Dia dah tak ada”.
2. Open Water (2003)
Ketika Open Water ditayangkan pada tahun 2003, filem ini telah berjaya menakutkan penonton-penontonnya di seluruh dunia. Kisah filem ini yang berkisarkan tentang kesalahan kecil yang membawa maut ini membuatkan ramai yang merasakan perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Lebih menakutkan, ia adalah adaptasi dari kisah benar.
Pada 25 Januari 1998, pasangan suami isteri Tom dan Ellen Lonergan telah pergi ke Port Douglas, Australia bersama sekumpulan penyelam, namun tak pernah pulang ke pantai. Pasangan yang merupakan sukarelawan Peace Corps ini telah membuat keputusan untuk singgah di Australia dalam perjalanan pulang ke Amerika Syarikat dari Fiji untuk menyelam di Great Barrier Reef.
Pada hujung Januari, kumpulan seramai 26 orang ini telah keluar untuk menyelam di terumbu karang St. Crispin. Mereka telah dibawa sejauh 25 batu dari persisiran pantai Queensland untuk pergi ke tempat selam ikonik tersebut.
Setibanya di sana, kumpulan ini telah bersiap sedia dan menyelam untuk menyaksikan kecantikan terumbu karang di situ. Namun malangnya, hanya 24 orang dari mereka yang telah naik semula ke dasar manakala Tom dan Ellen kali terakhir dilihat ketika mereka terjun masuk ke dalam air.
Malangnya dua hari kemudian, pemilik bot telah melihat barang Tom dan Ellen masih berada di atas bot dan ketika ini barulah dia sedar bahawa pasangan tersebut telah hilang. Pencarian besar-besaran mula dijalankan.
Beberapa barang selam pasangan ini telah ditemui terdampar di pantai bersama sebuah nota dari pasangan ini yang ditemui tertulis di atas papan khas selam (diving slate) mengatakan:
Kepada sesiapa yang boleh bantu kami: Kami telah ditinggalkan di terumbu karang Gelanggang Agin pada 25 Jan 1998, 3pm. Tolong selamatkan kami sebelum kami mati. Tolong!!!”
Kemungkinan, ketika pasangan ini naik ke dasar selepas menyelam, mereka melihat bot yang dinaiki mereka telah pun pergi meninggalkan mereka dan dorang dibiarkan terbiar di tengah-tengah lautan.
Mayat pasangan suami isteri ini tak pernah ditemui dan ramai spekulasi kebanyakan dari mereka mati akibat dehidrasi, lemas atau diserang jerung.
3. The Exorcism of Emily Rose (2005)
Kisah benar dan seram mengenai Anneliese Michel ini telah menginspirasikan filem The Exorcism of Emily Rose. Seperti Emily Rose, Anneliese juga merupakan seorang remaja ketika dia mula alami kejadian tak sedarkan diri secara misteri.
Anneliese merupakan seorang Katolik yang tinggal di Jerman, selepas dia alami beberapa episod sawan, tak sedarkan diri, berkhayal dan tak boleh mengawal pundi kencing, dia telah dibawa berjumpa dengan pakar neurologi dan disahkah menghidap epilepsi lobus temporal.
Walaupun telah mengambil ubat untuk penyakit epilepsinya ini, simptom-simptom yang dialami tetap tidak berkurangan dan keadaan kesihatannya mula merosot. Anneliese bagaimanapun yakin yang dia telah dirasuk oleh syaitan dan mendakwa dia sering melihat muka makhluk tersebut dan mendengar bisikan di telinga mengatakan yang dia akan mereput di neraka.
Ekoran terdesak, ibu bapa Anneliese telah meminta bantuan paderi untuk merawat anak mereka. Selama sepuluh bulan, dua paderi telah menjalankan upacara mengusir hantu sebanyak 67 kali ke atas Anneliese.
Sepanjang upacara tersebut, syaitan yang merasuk Anneliese ini akan bersaing untuk mendapatkan kuasa ke atas badannya dan berkomunikasi melalui suara garau. Tahap kesihatan Anneliese makin buruk sepanjang tempoh ini dan akhirnya dia mati akibat kekurangan nutrisi dan dehidrasi pada tahun 1976.
Akibatnya, ibu bapa Anneliese dan paderi-paderi yang menjalankan upacara mengusir hantu ini telah didakwa atas tuduhan kecuaian sehingga membunuh dan kes ini menjadi topik sensasi di Jerman.
4. Psycho (1960), The Texas Chainsaw Massacre (1974) & Silence of the Lambs (1988)
Tiga filem seram ikonik ini telah dibuat berdasarkan kisah pembunuh bersiri gila terkenal Ed Gein.
Penggunaan Ed terhadap tubuh badan manusia dan hubungan pelik dengan ibunya telah menjadi inspirasi karakter Leatherface di dalam The Texas Chainsaw Massacre, Norman Bates di dalam Psycho dan Buffalo Bill di dalam Silence of the Lambs.
Ed dikenali sebagai budak yang pemalu dan pelik disebabkan oleh layanan ibunya ke atas dia dan adik lelakinya. Ibunya sering kurung mereka di ladang milik mereka, bacakan kitab Injil dan ajar mereka yang dunia luar penuh dengan kejahatan.
Ketika Ed berusia 38 tahun, adiknya mati dalam keadaan mencurigakan dan tak lama kemudian ibunya turut meninggal dunia meninggalkan lelaki ini yang menukarkan rumah ladang mereka ke rumah ngeri yang diimpikannya.
Apabila seorang pemilik kedai perkakas hilang, polis mempunyai bukti yang cukup untuk menggeledah rumah Ed. Namun, apa yang mereka temui mengejutkan ramai orang.
Rumahnya digeledah, Ed dikenali sebagai Butcher of Plainfield. Ini kerana, mereka telah menemui badan pemilik kedai perkakas yang hilang tersebut tanpa kepala, terdapat tengkorak yang dicucuk di tiang katilnya, perkakas dapur diperbuat dari tulang dan barang rumah seperti kerusi dan tong sampah yang dibuat dari kulit manusia.
Turut ditemui, seluar ketat diperbuat dari kulit manusia, topeng diperbuat dari muka manusia, tali pinggang yang diperbuat dari puting dan banyak lagi benda yang mengerikan.
Ed mengaku telah membunuh pemilik kedai tersebut dan menggali mayat-mayat dari kubur berhampiran untuk digunakan bagi membuat peralatan-peralatannya.
Lelaki ini mendedahkan tujuan dia membuat perkara-perkara gila ini adalah kerana selepas kematian ibunya, dia mula membuat sut wanita supaya dia boleh jadi ibunya dengan masuk ke dalam kulit ibunya.
5. Winchester (2018)
Biasanya filem yang dibuat berdasarkan kisah benar ini kadang-kadang sengaja diperbesarkan dari kisah sebenar. Sama seperti filem Winchester ini…
Kisah disebalik filem ini adalah lebih sedih berbanding seram. Filem ini mengisahkan tentang Sarah Winchester dan rumah agam yang sentiasa dalam pembinaan.
Cerita mengenai Sarah dan rumah agam tersebut adalah kisah benar tapi gangguan yang berlaku di dalam filem tersebut hanya wujud di dalam kepala Sarah yang sedang murung akibat kematian keluarganya.
Sarah dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya pada tahun 1840 dan melalui kehidupan yang sempurna. Dia telah dihantar ke sekolah yang bagus, berkahwin dengan orang yang baik serta mempunyai seorang anak perempuan.
Bagaimanapun, segala-galanya mula musnah apabila anaknya telah meninggal dunia dan sedekad kemudian, suaminya turut mengikut jejak anaknya meninggalkan Sarah bersendirian bersama harta yang banyak.
Suami Sarah telah meninggalkan sebanyak 50 peratus perniagaan pembuatan senjata api yang berjumlah lebih kurang US$500 juta mengikut nilai wang sekarang.
Wanita ini telah berpindah ke San Jose, California untuk mengubati kemurungannya dan mula membina sebuah rumah agam. Namun begitu, wanita ini merasakan bahawa dia telah diganggu oleh roh-roh yang dibunuh menggunakan senjata api yang dibuat oleh keluarganya dan percaya bahawa untuk menghalang roh-roh ini dari terus mengganggunya dia perlu terus membina rumah tersebut seolah-olah seperti membina kubu.
Rumah tersebut telah dibina, dimusnahkan dan dibina semula tanpa henti selama 24 jam sehari, tujuh kali seminggu dari 1886 sehingga kematiannya pada tahun 1922. Rumah ini paling besar telah dibina dengan 200 bilik, 10,000 tingkap, 47 pendiang api dan 2,000 pintu.
Sehingga hari ini, rumah tersebut masih lagi berdiri kukuh sebagai bukti kesedihan seorang isteri dan kemurungan seorang ibu.
Baca: Jom Layan 5 Filem Seram Ni Dekat Netflix, Confirm Hujung Minggu Korang Tak Bosan!