Pada mulanya, seorang remaja perempuan di United Kingdom dibawa ke hospital selepas dia pengsan sebanyak dua kali sehingga muka dan kepalanya lebam akibat jatuh.
Namun begitu, lain jadinya selepas pemeriksaan doktor yang menyedari perut gadis itu membengkak sekali gus mendedahkan yang remaja itu sebenarnya mempunyai kondisi aneh dimana dia secara kompulsif memakan rambut
Menurut laporan, Imbasan tomografi (CT) menunjukkan terdapat jisim besar di dalam perut remaja itu yang mengakibatkan perutnya menjadi buncit.
Selepas satu prosedur dijalankan, jisim berkenaan akhirnya berjaya dikeluarkan dan dikenal pasti sebagai gumpalan rambut sepanjang 19 inci (48 sentimeter).
Didiagnos dengan Sindrom Rapunzel
Menurut remaja perempuan itu, dia sebenarnya sudah mengalami sakit perut semenjak lima bulan lalu dan rasa sakit itu semakin menjadi-jadi dalam masa dua minggu sebelum temu janjinya di hospital.
Menerusi jurnal BMJ Case Reports, remaja perempuan berkenaan telah didiagnos dengan Sindrom Rapunzel.
Menurut The Conversation, Sindrom Rapunzel yang mendapat namanya menerusi watak terkenal, Rapunzel, adalah satu ‘medical condition‘ yang teramat ‘rare’ dimana rambut yang dimakan akan berbelit dan terperangkap di dalam perut.
Selain itu, remaja perempuan terbabit juga dilaporkan mempunyai sejarah trichotillomania iaitu keinginan untuk mencabut rambut seseorang dan trichopagia iaitu gemar memakan rambut.
Selepas pembedahan, remaja perempuan berkenaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi makan melalui tiub yang disambung ke usus kecil sementara perutnya pulih.
Tujuh hari selepas itu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah dan dilaporkan sedang berjumpa dengan pakar psikologi.
Sumber: Science Alert
Baca: Mak Terkejut Tengok Kepala Anak Umur 9 Tahun Makin Botak, Bila Doktor Check Rupa-rupanya…